Tanah Airku Sesudah Rabu, 9 Mei 2018

Tanah Airku Sesudah Rabu, 9 Mei 2018
Wawasan 2020 menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Terima kasih Tun. Tahniah Malaysia.

RAKYAT PILIH BARISAN NASIONAL BAGI MENERUSKAN TEKAD HIDUP DEMOKRATIK

Ahad, Mei 12, 2013

| | |
Alhamdulillah, Pilihanraya Umum ke-13, serlahan tekad cara hidup demokratik rakyat Malaysia, sempurna dilangsungkan pada 5 Mei 2013 mengikut luhur Perlembagaan dan daulat undang-undang. Rakyat terus memilih parti Barisan Nasional untuk mengetuai Kerajaan Malaysia dari 6 Mei 2013 sehingga Pilihanraya Umum ke-14 pada tahun 2018.

Barisan Nasional memenangi 133 kerusi Parlimen (60%), diikuti Parti Tindakan Demokratik (38 kerusi, 17%), Parti Keadilan Rakyat (30 kerusi, 14%) dan Parti Islam Semalaysia (21 kerusi, 9%).