2021

2021
DARURAT COVID-19

SIAPAKAH YANG MENCALONKAN PENGEDAR PIL KUDA UNTUK KITA PILIH SEBAGAI WAKIL RAKYAT PADA 5 MEI NANTI?

Isnin, April 22, 2013

| | |

Pakar perubatan mengesahkan pil kuda, nama sains: metamphetamine,  memudaratkan diri dan jiwa. Penagih pil kuda terdedah kepada penyakit hilang kawal kencing, kemusnahan gigi, serangan angin ahmar, sawan dan sakit jantung. Semuanya membawa maut. Baca kenyataan pakar perubatan urologi berkenaan akibat buruk pil kuda di sini.

Namun pengesahan pakar perubatan terhadap bahana pil kuda kepada manusia itu tidak menghalang pemimpin Parti Keadilan Rakyat daripada mencalonkan pengedar pil kuda untuk dipilih sebagai wakil rakyat dalam Pilihanraya Umum Ke-13 pada 5 Mei nanti. Hakikat ngeri ini disahkan oleh Presiden PAS Dato' Seri Haji Hadi Awang, sekutu PKR dalam Pakatan Rakyat.

Presiden PAS itu malah menyamakan calon PKR pengedar pil kuda sebagai 'syaitan'. Inilah rakam verbatim ucapan Haji Hadi sebagaimana dilaporkan oleh AgendaDaily pada 22 April 2013:


"Ada orang kata, ini pemberita hendak ambik berita bolehlah, macam mana hendak menyelamatkan negara, PAS dok berlawan dengan Keadilan, bertindih parti pasal apa.

PAS bertindak bertanding di beberapa tempat, berlakunya pertindihan ini kerana hendak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu kerajaan kita jatuh macam Perak, merintah sekejap.

PAS mempunyai jentera-jentera yang paling ramai di seluruh negara. PAS tidak menentang calon kawan-kawan, dalam pilihanraya, tetapi kalau ada calon yang kita khuatir, calon yang tangkap muat, yang menyebabkan berbagai-bagai kemungkinan berlaku, maka PAS mesti bertindak, ini sebab berlaku pertindihan.

Ada calon-calon yang kita khuatir, calon-calon yang kita ada maklumat, tukang edar pil kuda, nak jadi calon macam mana, edar pil kuda... Orang PAS tak boleh kerja untuk calon macam ini, terang-terang saya sebut, orang Keadilan pun, tak terima, sedar-sedar mari jadi calon, dengar cerita edar pil kuda, tak perlu sebutlah di mana-mana.

Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin, macam mana orang PAS hendak sokong, orang PAS kerjasama dengan Keadilan dengan DAP saja, tak kerjasama dengan parti Stalin, parti Lenin, ada orang parti Stalin, parti Lenin, menjulang Lenin dan Stalin, (sebut pun tak berapa betul dah, nama bukan nama kita) orang Rusia, Karl Marx, gambar Karl Marx duduk dalam markaz, nak suruh orang pas kerja, Karl Marx ni macam Nabi Muhamad dialah, yang menganut idealogi komunis, idealogi komunis diharamkan di Malaysia, dia tepek (lekat) gambar Karl Marx dalam markaz, macam mana orang PAS hendak kerja.

Ha inilah sebabnya bertindak bertanding itu...nak menyelamatkan Pakatan Rakyat, kita tak mahu jadi macam Perak, perintah sekejab pastu jatuh, PAS bertindak, PAS tetap bersama Pakatan Rakyat, PAS bertindak untuk memelihara, keteguhan bukan saja masa pilihanraya, keteguhan selepas kita diberikan kemenangan oleh Allah SWT, supaya 'syaitan-syaitan' tidak boleh masuk Pakatan Rakyat.

Itu penjelasan saya, boleh masuk surat khabar esok. Supaya mereka yang tidak faham masalah ini jadi faham, kita tak ada masalah kerjasama dengan yang sepenuhnya Keadilan, dengan yang sepenuhnya DAP tetapi mari kaki-kaki haru ini jadi calon, ini PAS tak boleh terima, kerana kita hendak kerajaan yang teguh dan kuat, kerajaan yang boleh memerintah sebagaimana yang kita janji dalam Buku Jingga."

Haji Hadi, sebagai pemimpin parti yang hendak membina negara Islam, sepatutnya memberitahu pengundi: siapakah yang memilih pengedar pil kuda sebagai calon wakil rakyat itu?