2021

2021
DARURAT COVID-19

DI MALAYSIA DAN DI USA, UNDI POPULAR BUKAN PENENTU

Isnin, Mei 13, 2013

| | |
Perdana Menteri Malaysia dipilih oleh Ahli Dewan Rakyat Parlimen Malaysia (MP), Presiden Amerika Syarikat pula dipilih oleh kumpulan pemilih (electoral college). MP dan kumpulan pemilih dipilih menerusi pilihanraya berasaskan undi popular - calon yang mendapat undi terbanyak dalam sesuatu kawasan pilihanraya diisytiharkan sebagai pemenang kerusi atau pemilih kawasan tersebut..

Contoh Malaysia:
Pilihanraya Umum Malaysia ke-13.
Kawasan: P001- Padang Besar (Perlis)
Bilangan undi untuk pemilihan perdana menteri: 1
Keputusan undi popular: BN (21,473), PAS (14,047)
Pemenang: BN (BN memperoleh satu kerusi Dewan Rakyat)

Contoh USA:
Piliharaya Presiden USA 2012
Kawasan: California
Bilangan undi untuk pemilihan presiden: 55
Keputusan undi popular: Barack Obama (7.8 juta), Mitt Romney (4.8 juta)
Pemenang: Barack Obama (Barack Obama memperoleh 55 pemilih)

Parlimen Malaysia mempunyai 222 kerusi Dewan Rakyat. Mana-mana parti yang memperoleh 112 kerusi dalam pilihanraya umum berhak memilih calon untuk dilantik oleh DYMM Yang Di Pertuan Agong sebagai perdana menteri dan seterusnya membentuk Kerajaan Malaysia.  Kumpulan pemilih Presiden USA pula terdiri daripada 538 pemilih. Mana-mana calon yang memperoleh 270 pemilih akan mengangkat sumpah sebagai presiden dan membentuk Kerajaan USA.

Contoh Malaysia:
Keputusan PRU13: BN (133 kerusi), DAP (38 kerusi), PKR (30 kerusi), PAS (21 kerusi)
BN memilih Dato' Sri Najib Tun Abdul Razak sebagai calon perdana menteri.

Contoh USA:
Keputusan Pilihanraya Presiden 2012: Barack Obama (332 pemilih), Mitt Romney (206 pemilih)
Obama mengangkat sumpah sebagai Presiden USA.

Bertentangan dengan kefahaman umum, pelantikan Perdana Menteri Malaysia dan Presiden USA tidak ditentukan oleh jumlah undi popular keseluruhan. Undi popular dalam sesuatu kawasan pilihanraya hanya menentukan bilangan kerusi Dewan Rakyat (Malaysia) dan bilangan pemilih (USA).

Dalam Pilihanraya Presiden USA 2000 misalnya, jumlah undi popular George Bush ialah 50.4 juta (47.9%). Lawan beliau, Al Gore, memperoleh 50.9 juta undi popular (48.4%). Bagaimanapun George Bush berjaya mengumpul 271 pemilih berbanding 266 pemilih yang berjaya dikumpul oleh Al Gore. Oleh itu George Bush mengangkat sumpah sebagai Presiden USA.

Demikian juga di Malaysia. Dalam PRU13, BN berjaya mengumpul 133 kerusi Dewan Rakyat walaupun jumlah undi popularnya lebih rendah daripada jumlah undi popular DAP, PKR dan PAS yang disatukan (Peratus undi popular BN: 46.5%, peratus undi popular DAP+PKR+PAS: 49.9% ). Justeru BN menguasai 133 kerusi Dewan Rakyat (keperluan minimum: 112 kerusi), maka BN berhak memilih calon perdana menteri daripada kalangan Ahli-ahli Dewan Rakyat parti itu. Ahli Dewan Rakyat pilihan BN ialah Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak.