2021

2021
DARURAT COVID-19

TAKUT KAMERA JPJ: PESAKIT LUDDITE ATAU LEMBAM?

Isnin, Disember 10, 2012

| | |
(Gambar hiasan. Sumber: Laman web Burleson Consulting.)

[Glosari: penggemang bermaksud penakut]

Hari ini, dua ratus tahun yang lalu, sekumpulan penggemang teknologi merosakkan kilang tekstil di Nottingham, England. Mereka berbuat demikian kerana rasa terancam oleh mesin penenun canggih yang digunakan oleh kilang tekstil. Mereka takut hilang pekerjaan apabila mesin digunakan sepenuhnya oleh pemilik kilang tekstil untuk menenun kain.

Kumpulan penggemang teknologi tersebut kemudiannya dikenali sebagai luddite (sebutan: la-dait). Perkataan luddite berasal daripada nama pemuda lembam Ned Ludd. Pemuda lembam itu telah menjahanamkan mesin sulam milik majikannya.

Ancaman kumpulan luddite berjaya ditangani dan pengaruhnya dihapuskan oleh pihak berkuasa England.

Namun hari ini, dua ratus tahun kemudian, kumpulan luddite muncul semula, bukan di England, tetapi di Selangor, negeri perindustrian termaju di Malaysia. Kumpulan penggemang teknologi alaf baharu ini menentang penggunaan kamera yang digunakan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) untuk mencegah kemalangan maut di jalan raya.

Mereka bukan sahaja menghalang pemasangan kamera di jalan-jalan raya dalam negeri Selangor malah mengancam untuk membalut dengan kain merah mana-mana kamera yang telah dipasang oleh JPJ.

Penyakit luddite yang dideritai oleh pemimpin Kerajaan Negeri Selangor  nampaknya telah menjangkiti masyarakat umum. Sudah dilaporkan oleh media kejadian kamera JPJ yang dibalut dengan kain, disembur dengan cat dan diterbalikkan.

Pakar psikologi menyifatkan penyakit luddite terbit daripada kuman ketakutan terhadap teknologi. Selain kuman ketakutan, penyakit ini turut menyerang orang yang rendah harga dirinya (self-esteem). Orang yang rendah harga dirinya sangat bimbang teknologi, misalnya kamera, akan mendedahkan pekung yang cuba dilindungi daripada pengetahuan umum.

Selanjutnya pakar psikologi menyatakan bahawa luddite boleh menjangkiti orang yang tidak kompeten dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan tetapi bersungguh-sungguh menawarkan diri untuk melaksanakan pekerjaan berkenaan.

Akibat ketakutan yang amat sangat terhadap teknologi - gemang teknologi - boleh, mengikut jangkaan pakar psikologi, menyebabkan  tindakan ganas yang melampau dipamerkan oleh pesakit luddite.

Anehnya, tidak seperti pemuda lembam Ned Ludd yang mencetuskan penyakit luddite di England dua ratus tahun dahulu, di Selangor, luddite dicetuskan oleh ketua eksekutif dan anggota kerajaan negeri.

Mungkinkah mereka ahli-ahli politik yang lembam?