SEPETANG BERSAMA ANAK MURID yang sangat intim dalam hati saya - Abdul Latif Ibrahim (berbaju hitam) dan Faisal Shahbudin (berbaju merah). Saya bersama mereka selama lima tahun, 1983-1987, di Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Latif, anak jati Chendering, Terengganu. Dahulu murid yang sopan dan cerdik, sekarang usahawan tenaga solar bertaraf dunia yang santun dan bijaksana. Bagi Latif, semua guru makhluk mulia, segala ilmu bermakna dan berguna. Tiada sedetik dalam hati usahawan ini kecuali tekad untuk berbakti kepada manusia. Pengasas dan Pengerusi Eksekutif SolarTIF Sdn. Bhd. Model usahawan insani glokal? Inilah manusianya.
Faisal, murid paling jujur dan paling pintar. Pemidato dan pembahas paling ikhlas. Lisan dan hati Faisal, dahulu dan sekarang, tidak pernah berselisih. Komunikator alaf baharu terunggul. Pemegang amanah terpercaya. Beliau merupakan setiausaha syarikat yang bertauliah. Sekarang di Prokhas Sdn. Bhd. sebagai Timbalan Pengurus Besar. Model profesional berintegriti? Inilah manusianya.
'Latif, Faisal - saya bangga!'
'Latif, Faisal - saya bangga!'