2021

2021
DARURAT COVID-19

APA GERANGAN DUNIA TANPA ISLAM?

Rabu, Mei 30, 2012

| | |
'Imagine, if you will, a world without Islam ..' ialah rangkai kata pertama yang digarap oleh Graham E. Fuller, profesor sejarah Simon Fraser University (Vancouver), dalam artikel beliau bertajuk A World Without Islam dalam majalah digital ForeignPolicy.com pada 1 Januari 2008.

Rangkai kata yang sama digarap oleh Fuller sebagai pembuka kata buku beliau A World Without Islam terbitan Little, Brown and Company (New York) pada Ogos 2010.

Dalam artikel A World Without Islam,  Fuller mengenengahkan persoalan berikut kepada khalayak pembacanya: 

'... What if there were no such thing as Islam? What if there had never been a Prophet Mohammed, no saga of the spread of Islam across vast parts of the Middle East, Asia, and Africa?'

Dalam buku A World Without Islam, menerusi 14 bab yang dibahagikan kepada tiga bahagian meliputi 349 halaman, Fuller (gambar) mengupas, memberikan latar belakang, mencerna secara saintifik serta mengemukakan jawapan kreatif terhadap persoalan tersebut.

Tercatat pada kulit belakang buku ini ialah komen penulis buku No God But God: The Origins, Evolution and Future of Islam (2005), Dr. Reza Aslan:

'Another must-read  by one of the most thought-provoking writers on Islam and the Middle-East. At once a brilliant history lesson and a fascinating thought experiment.'
[Harga edisi kulit lembut A World Without Islam di MPH ialah RM31.50 atau 9 sen semuka surat. Sangat murah dan penulisnya pula merupakan profesor sejarah serta mantan Naib Pengerusi National Intelligence Council di Central Intelligence Agency, USA.]