Tanah Airku Sesudah Rabu, 9 Mei 2018

Tanah Airku Sesudah Rabu, 9 Mei 2018
Wawasan 2020 menjadi kenyataan. Alhamdulillah. Terima kasih Tun. Tahniah Malaysia.

BACAAN SEBELUM ANDA DITUNTUT RM100 JUTA!

Rabu, Jun 13, 2012

| | |
Memandangkan akhir-akhir ini sering dilaporkan perihal seseorang didakwa di mahkamah, atas sesuatu perbuatan atau pengucapan, supaya membayar ganti rugi mencecah ratusan juta ringgit kepada si pendakwa, maka dokumen ini elok dibaca.
Dokumen setebal 20 muka surat ini disediakan oleh peguam, oleh itu bahasanya sarat dengan lenggok undang-undang. Mungkin sukar dimengerti. Namun kesukaran itu mengatasi kesukaran yang lebih perit seandainya, suatu hari, dek keceluparan mulut yang bibir dan lidahnya tidak bertulang, kita diseret ke mahkamah oleh seseorang yang menuntut ganti rugi berjuta ringgit.

Saya telah membacanya sekali lalu. Tidaklah susah sangat. Bacalah!

p/s: Dokumen ini dimuat turun daripada blog Hidup Tuah!