2021

2021
DARURAT COVID-19

ARCA 1 JULAI 2012

Khamis, Julai 12, 2012

| | |
Foto 1 Julai 2012 ini dirakamkan di Kuala Terengganu menerusi lensa kamera digital 'bina dalam' telefon tangan model Sony Ericson Xperia Ray. Saya berada di Kuala Terengganu kerana bertugas dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara Peringkat Negeri Terengganu di Universiti Malaysia Terengganu pada 30 Julai.

Pada 1 Julai 1958, hari saya dilahirkan di sebuah hospital di Tebing Tinggi, Jajahan Tanah Merah, Kelantan, tiada foto dirakamkan. Pada ketika itu belum lahir telefon tangan, belum lahir kamera digital dan tidak terfikir oleh manusia bahawa pada suatu hari akan wujud kamera seni tanpa filem yang melekat pada telefon.

Pada era lima puluhan, sangat sukar untuk merakam gambar dalam daerah pedalaman Kelantan. Kamera merupakan barang mewah yang hanya dimiliki oleh orang kaya. Jurugambar pula hanya terdapat di kedai gambar di pekan Tanah Merah.

Foto pertama saya dirakam di kedai gambar Seni Budi di pekan Pasir Mas pada 1 Julai 1970 untuk digunakan sebagai gambar pada kad pengenalan. Inilah rupa kamera di kedai gambar tersebut:


Kamera filem ini ditransformasikan kepada kamera digital, saiznya hanya sebesar butang kemeja dan terbina dalam pada telefon tangan yang dapat dimiliki oleh orang kota serta orang kampung. Inilah rupa kamera digital bina dalam tersebut (bulatan hitam bersaiz butang kemeja):

Gambar di bawah ialah pemandangan dari tingkap hotel Felda Residence, Kuala Terengganu pada pagi 1 Julai menerusi lensa kamera digital yang sama: