2021

2021
DARURAT COVID-19

MB TERENGGANU MAJUKAN GURU

Khamis, Jun 23, 2011

| | |



















SYABAS MENTERI BESAR TERENGGANU, Datuk Seri Ahmad Said (gambar), atas daya usaha menghantar guru-guru berkursus di luar negara. Daya usaha ini sangat bijak dan wajar dicontohi oleh semua pemimpin kerajaan negeri.

Menteri besar itu dilaporkan telah mengantar 70 orang guru di negeri Terengganu untuk menjalani kursus pendek dalam bidang pengajaran dan pembelajaran di Universiti Connecticut USA. Guru-guru tersebut pula diberikan tugas untuk melatih rakan sejawat mereka. Laporan penuh di sini.

Menaja guru-guru untuk menjalani latihan di universiti luar negara wajar dipergiatkan. Kerajaan-kerajaan negeri sepatutnya memperuntukkan sejumlah wang setiap tahun bagi tujuan ini dan menjadikannya tajuk tetap dalam bajet tahunan negeri.

Beritahu jumlah peruntukan tersebut kepada kaum guru, serta jangkaan yang diharapkan daripada mereka. Lantaran keterhadan sumber, maka nyatakan dengan jelas kriteria pemilihan. Apa-apapun, pokok pertimbangan ialah profesionalisme dalam bilik darjah.

Destinasi juga wajar dipelbagaikan. Memang banyak perkara boleh dipelajari daripada cendekiawan di USA dan di United Kingdom. Namun sebenarnya lebih banyak pengalaman yang boleh dicedok daripada cendekiawan di negara-negara bukan penutur bahasa Inggeris - Sweden, Finland, Austria, Denmark, Jerman, Peranchis, Korea Selatan, Jepun, China dan Rusia.

Menghantar kaum guru menjalani latihan, walaupun seminggu, lebih besar manfaatnya daripada membiayai lawatan sambil belajar pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri atau anggota pihak berkuasa tempatan (yang selalunya disertai isteri) ke kota-kota besar di Eropah. Keberhasilan lawatan sambil belajar selalunya tidak lebih daripada kenangan indah melawat tempat orang dan belian yang dibawa pulang. Selebihnya ialah kesibukan menjawab soalan daripada wakil-wakil parti pembangkang dalam sidang dewan undangan negeri.

Perbelanjaan menghantar guru-guru ke universiti luar negara mungkin besar, tetapi impaknya berkali ganda lebih besar. Motivasi guru akan menjulang. Pengalamannya kekal kukuh dalam nubari guru-guru, dapat dikongsi dengan rakan sejawat dan dapat diperturunkan kepada murid.

Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin negeri bertindak dengan lebih bijak dan berganding bahu dengan Kerajaan Persekutuan. Pendidikan formal memang tanggungjawab Kerajaan Persekutuan, tetapi kemajuan setiap kanak-kanak di sekolah menjadi tanggungjawab semua.

Justeru pengasuh dan pembimbing kanak-kanak ialah guru-guru, maka kemajuan guru-guru merupakan jalan ke arah kemajuan kanak-kanak. Majukanlah kaum guru!

Berita iringan dari USA (Dipetik daripada Daily Record.com):

Hopatcong teacher meets Obama



In a three-week span, New Jersey Teacher of the Year Danielle Kovach (picture) met separately with Gov. Chris Christie and President Barack Obama.


On May 3, she found herself waiting on a line outside the Oval Office for a minute or so with Obama.


Kovach, a third grade teacher at the Tulsa Trail School in Hopatcong, met with Christie on April 14 and Obama on May 3.

Kovach, in a recent interview, said she met the president one-on-one in the White House as part of a gathering of all 50 state teachers of the year.

Upon being ushered inside, Kovach acknowledged that she was briefly overwhelmed, before sharing details of her job with Obama.

The president responded by discussing “his own experiences with teachers.”

Three weeks earlier, Kovach had a group meeting with Christie, following up on a request that she made at the governor’s town hall meeting in Hopatcong.

While Kovach had asked Christie to meet with all the county teachers of the year, a smaller group was invited to the College of New Jersey.

“When we got there, he said, ‘Danielle wanted to have a meeting with me, so here we are,’ ” Kovach recalled.

Kovach, in a subsequent essay posted on the New Jersey Education Association website, Kovach took issue with Christie’s legislative proposals on merit pay, tenure changes, and others.

“I can’t say I agree with the governor, but I want the lines of communication to be kept open,” Kovach said.

Christie’s spokesman did not respond to a request for comment.

Kovach is on leave from her regular teaching job and participating in forums and other assignments throughout New Jersey for the remainder of the school year.

On Thursday, she joined the other county teachers of the year at a forum at Pequannock High School.

Her one-year term as teacher of the year ends Oct. 5.