2021

2021
DARURAT COVID-19

TERIMA KASIH CIKGU

Isnin, Mei 16, 2011

| | |


Terima kasih cikgu, selamat hari guru.

‘Bagi ilmu pengetahuan ada lima keadaan.
Mencari, berusaha dan menghasilkan,
yang tidak memerlukan lagi kepada bertanya.
Meneliti, iaitu berfikir mencari yang baharu
dan mengambil faedah daripadanya.
Dan keadaan memberi sinar cemerlang
kepada orang lain.
Dan inilah keadaan yang semulia-mulianya.
Maka barangsiapa berilmu,
beramal dan mengajar,
maka dialah yang disebut orang besar
dalam alam malakut tinggi.
Dia laksana matahari
yang menyinarkan cahayanya
kepada orang lain
dan menyinarkan pula
kepada dirinya sendiri.
Dia laksana kasturi
yang membawa keharuman
kepada lainnya
dan dia sendiripun harum.’

IMAM AL-GHAZALI
(1058~1111)
Sumber:
Ihya’ Ulumiddin
atau Mengembangkan Ilmu-Ilmu Agama
Jilid 1,
terbitan Pustaka Nasional Pte. Ltd.
(1981)