2021

2021
DARURAT COVID-19

BERSAMA PESOL DI IAB

Sabtu, April 09, 2011

| | |

APRIL, 8: Gambar rakaman kawan lama, Pesol, di lobi oditorium Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands seusai Persidangan Haluan Kerja Pendidikan dari 6 hingga 8 April 2011 anjuran Kementerian Pelajaran Malaysia.

Di latar ialah gambar sesi rumusan dan deklarasi persidangan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Asariah Haji Mior Shaharuddin.

Kawan lama saya itu, Pesol Md. Saad, sekarang Pengetua
Sekolah Menengah Sains Sultan Muhamad Jiwa, Sungai Petani. Tahniah! Tuan Pesol, dahulu berdiri sebagai murid, sekarang berdiri sebagai pengetua.

Pesol dan saya adalah hasil tempaan sekolah berasrama penuh era tujuh puluhan. Beliau alumni sekolah yang diketuainya sekarang, saya alumni Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.

Kami, bersama lebih 400 Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Kementerian Pelajaran Malaysia dari seluruh negara, menghadiri Persidangan Haluan Kerja Pendidikan yang bertema 'Merealisasikan Agenda Transformasi Negara'.

Kami berdua sama-sama cikgu. Beliau hadir sebagai ketua guru dan peserta, saya pula sebagai bekas guru dan perunding. Bersama, kami menyumbang untuk aspirasi 1Malaysia.