2021

2021
DARURAT COVID-19

ZAT ANTIPENUAAN

Ahad, April 10, 2011

| | |

Susu ibu kaya dengan zat ajaib, kolostrum.


Namun begitu susu ibu lembu lebih sarat dengan zat ajaib itu kerana anak lembu bergantung sepenuhnya kepada zat tersebut untuk hidup, membesar dan terlindung daripada serangan kuman.


Susu ibu lembu, khususnya yang dikeluarkan dalam tiga hari selepas melahirkan anaknya, mengandungi 20 kali ganda kolostrum berbanding susu ibu. Saintis membuktikan bahawa kolostrum dalam susu ibu lembu itu sangat kaya dengan protin, zat pertumbuhan, zat ketahanan, vitamin dan mineral.


Kekayaan kolostrum dengan zat-zat tersebut dan sumbangan pentingnya dalam kelangsungan hidup mamalia menyebabkannya mendapat jolokansuperfood, ‘ibu makanan’.


Ibu makanan penyokong kehidupan ini mengandungi lebih daripada 90 nutrisi yang terkelompok kepada tiga kumpulan zatzat pertumbuhan, zat ketahanan dan zat kecergasan.


Apakah zat pertumbuhan?


Zat pertumbuhan ialah bahan yang merangsang sel bercambah, bertumbuh dan berkembang menjurus kepada bentuk dan tugasnya yang khusus.


Antara zat pertumbuhan utama dalam kolostrum ialah EgF (epithelial growth factor), IGF (insulin-like growth factor), FgF (fibroblast growth factor), PDGF (platelet-derived growth factor), TgA (transforming growth factor A), TgB (transforming growth factor B) dan GH (growth hormone).


[IGF dan GH misalnya, bersama-sama bertanggungjawab kepada pertumbuhan dan penyuburan organ-organ penting seperti otak, hati dan buah pinggang; PDGF pula bertanggung jawab dalam pertumbuhan dan penyuburan saluran darah; manakala FgF bertugas sebagai perangsang pertumbuhan tisu baru bagi menyembuhkan luka.]


Kesemua zat pertumbuhan tersebut didapati merangsang pembentukan binaan asas sel, DNA (deoxyribonucleic acid) dan RNA (ribonucleic acid).


Sel yang giat terbina dan binaannya sempurna akan membantu penyuburan, pelestarian dan pemulihan tisu badan.


Oleh itu otot dan tulang kekal kental dan kukuh. Begitu juga tisu saraf, tisu penghubung organ-organ badan, kulit dan rawan. Kulit kekal segar dan tegang, sendi ampuh dan utuh. Penyembuhan luka menjadi lebih pantas.


Kajian menunjukkan zat pertumbuhan ini juga merangsang penjanaan lebih banyak sel T yang membantu sel darah putih dalam kerja-kerja pertahanan badan daripada serangan kuman dan serangan sel barah, menyeimbangkan kandungan glukos dalam darah dan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada insulin, dan membantu tubuh membakar lemak lebihan.


[Sel T mendapat namanya daripada kelenjar timus (thymus gland), tempat sel itu dididik hingga matang dan gagah.


Sel T sebenarnya sejenis sel darah putih yang sangat penting dalam mempertahan tubuh daripada serangan kuman.


Sel T meronda bagai askar, mengesan dan menghapuskan penceroboh.


Sel T juga mengeluarkan sejenis protin, cytokine, yang merangsang keseluruhan sistem pertahanan badan terhadap serangan makhluk perosak.]


Pembakaran lemak lebihan untuk menghasilkan tenaga sangat penting tatkala berpuasa, berpantang makan dan hilang selera makan. Tanpa zat pertumbuhan, proses metabolisme dalam badan lebih cenderung membakar protin dalam tisu otot dan kulit.


Akibatnya badan menjadi kurus, bukan kerana kehilangan lemak, tetapi kehilangan protin dalam otot dan kulit. Muka jadi cengkong, kulit kering menggeleber. Zat pertumbuhan daripada kolostrum mencegah kesan buruk ini.


Impak keseluruhannya ialah memperlahan proses penuaan, mengekalkan kecergasan dan rasa ceria, memantapkan daya tumpuan dan kesiapsiagaan (alertness).


Impak ini boleh dirasai dengan mengambil susu Alpha Lipid Lifeline setiap pagi secara berterusan.


Susu Alpha Lipid Lifeline membekalkan zat ajaib pencegah penuaan. Segelas susu ini mengandungi 2,000 miligram kolostrum terbaik New Zealand yang diadun dengan 45 miligram lemak susu Alpha Lipid bagi menjamin penyerapan sepenuhnya oleh usus.


Alpha Lipid Lifeline dikeluarkan oleh New Image International, New Zealand. Hubungi Representatif New Image, Dzulhijah Sokarno, untuk menikmati sari nutrisi dan manfaat kesihatan dalam Alpha Lipid Lifeline. Telefon 0176782917 atau e-mel kepada dzulhijah@gmail.com, sekarang.