Gambar di atas dan gambar-gambar berikut ialah gambar pasar Pasir Mas yang saya petik daripada laman blog Kickdefella pada 25 Februari 2011.
Saya kerap ke pasar tersebut tetapi tidak pernah merakamkan wajahnya. Namun sebagai anak watan Pasir Mas saya mengaku bahawa gambar-gambar di atas sememangnya wajah sebenar pasar Pasir Mas.
Wajah demikianlah juga yang masih terpahat dalam ingatan saya berkenaan pasar Pasir Mas sejak 50 tahun yang lalu tatkala ibu saya membawa saya ke sana untuk membeli 'baju raya' sekali setahun.
Pasar tempat orang Melayu berniaga. Pasar tempat orang Melayu membeli barang keperluan. Pasar yang disediakan oleh Kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh orang Melayu zaman berzaman.
Inilah pasar yang menyatukan orang Melayu ahli UMNO dan orang Melayu ahli PAS, sekurang-kurangnya di dunia ini (kerana di akhirat nanti, mengikut sabda tuan-tuan guru PAS, ahli-ahli PAS berada di syurga dan tidak perlu membeli barang keperluan di pasar lagi.)
Pasar ini tidak menyatukan orang Melayu pemimpin UMNO dan orang Melayu pemimpin PAS kerana mereka bukan sahaja tidak berniaga di pasar seumpama ini, malah tidak juga datang membeli-belah di situ. Isteri dan anak-anak mereka pun takkan berkunjung ke pasar itu.
Bagaimanapun, saya yakin, pada musim pilihan raya nanti, calon BN dan calon PAS akan datang juga ke pasar Pasir Mas itu dan bersalam dengan semua peniaga dan pembeli. Calon BN akan menjanjikan pasar baru semoden pasar di Kuala Lumpur, calon PAS akan menjanjikan pasar abadi di syurga.
Seusai pilihan raya, calon-calon tersebut akan bercuti ke Eropah dan anak-isteri mereka membeli-belah di pasar-pasar di London, Paris dan Rome.

Pasar di London.
Pasar di Paris.
Pasar di Rome.
Pasar di Kuala Lumpur.
Pasar di Pulau Penang.
Pasar di Singapura.