Shanghai Tower seperti dalam imaginasi pelukis. Bangunan 128 tingkat ini akan siap terbina pada tahun 2014 di kota metropolitan Shanghai, China. Bakal menduduki tangga ketiga dalam senarai bangunan tertinggi dunia alaf ini. Pereka bentuknya mendakwa bahawa pencakar langit ini melambangkan tekad China menggandakan kemajuan kota dagang Shanghai dan menjulang gejolak semangatnya untuk menerajui masa hadapan dunia. Tiada kedengaran hiruk-pikuk warga China menentang pembinaan pencakar langit ini.