Pun begitu, John Hancock Center bukanlah yang tertinggi. Empat dekad sebelumnya, pada tahun 1931, bangunan 102 tingkat, Empire State (gambar atas), telah berdiri megah di kota New York.
Berdiri di puncak Empire State pada tahun itu pun kita tidak akan dapat melihat apa-apa bangunan tinggi di Malaysia kerana Malaysia pun belum wujud, malah induk Malaysia, Persekutuan Tanah Melayu, pun belum lahir.
Tatkala para usahawan kota Chicago mula memenuhi John Hancock Center pada tahun 1969, Malaysia baru dilahirkan dan warga kota Kuala Lumpur berbunuhan mencari identiti.
Dalam kita berhiruk-pikuk mencari identiti, dalam tempoh empat dekad itu, sebanyak lapan lagi bangunan bertingkat lebih seratus berjaya dibangunkan oleh masyarakat moden di seluruh dunia: Willis Tower (Chicago, 104 tingkat), Hotel Ryugyong (Pyongyang, 105 tingkat), Taipei 101 (Taipei, 101 tingkat), Shanghai World Financial Center (Shanghai, 101 tingkat), Guangzhou International Finance Center (Guangzhou, 103 tingkat), International Commerce Centre (Hong Kong, 118 tingkat) dan Buruj Khalifa (Dubai, 162 tingkat) (gambar atas).
Sehingga kini, kita masih berhiruk-pikuk. Bukan sahaja berhiruk-pikuk mencari identiti, malah berhiruk-pikuk menentang usaha Permodalan Nasional Berhad membangunkan pusat dagang Warisan Merdeka yang bakal menyaksikan sergaman bangunan seratus tingkat di kota Kuala Lumpur.
Anehnya tiada pula hiruk-pikuk warga kota di negara China, Qatar, Emeriah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat yang juruteranya sedang bermandi peluh mendirikan 12 lagi bangunan bertingkat lebih seratus. Antaranya ialah Shanghai Tower di China (128 tingkat, jangkaan siap tahun 2014), Al Quds Endowment Tower di Qatar (101 tingkat, jangkaan siap tahun 2014), Pentominium di Emeriah Arab Bersatu (122 tingkat, jangkaan siap 2013) dan One World Trade Center di Amerika Syarikat (105 tingkat, jangkaan siap tahun 2013) (gambar atas).
Sepatutnya kita mencemburui keupayaan orang lain membina bangunan seratus tingkat, bukan bercemburuan sesama kita dalam mempamerkan daya upaya bersaing. Jika begini adanya, seratus tahun lagi pun kita kekal kerdil. Seratus tahun lagi pun kita hidup saling mencemburui!
Sepatutnya kita mencemburui keupayaan orang lain membina bangunan seratus tingkat, bukan bercemburuan sesama kita dalam mempamerkan daya upaya bersaing. Jika begini adanya, seratus tahun lagi pun kita kekal kerdil. Seratus tahun lagi pun kita hidup saling mencemburui!