2021

2021
DARURAT COVID-19

KUNJUNGAN KE LUMUT, SELEPAS 27 TAHUN

Selasa, Oktober 19, 2010

| | |



















Bergaya di pesisir anjung laut Lumut, 1983. Hampir tiga dekad berlalu. Gambar dirakam oleh pelajar yang menyertai rombongan 'Kembara ke Telok Batik' kelolaan Cikgu Dzul untuk pelajar tingkatan dua Kolej Melayu Kuala Kangsar.













Termasuk dalam itinerari kembara ialah kunjungan santai ke Lumut.












Buruan anak-anak murid saya ketika itu ialah sotong kering yang dimesin dan diadun dengan serbuk cili, garam dan gula. Selainnya ialah sate ikan.















Hampir tiga dekad kemudian, 18 Oktober 2010, seusai urusan bersama cendekiawan muda Kolej Islam Darul Ridzuan di Damai Laut, saya dan teman berkunjung ke Lumut.









Wah! Wajah Lumut bagaikan arca bikinan tertayang di layar perak. Indah. Bersih. Segar.














Keindahan, kebersihan dan kesegaran Lumut menggantikan palang besi berkarat tempat sandaran saya dalam gambar di atas.














Tahniah Majlis Perbandaran Manjung.




















Tahniah Kerajaan Negeri Perak.













Tahniah warga Lumut.



























Tahniah Dato' Seri Dr. Zambri Abd Kadir.














Lumut menepati slogannya: Bandar Pelancongan dan Maritim.














Anjung laut yang kosong dan lesu tempat saya berdiri dan anak-anak murid saya melepas lelah 27 tahun yang lalu, bukan sahaja telah berubah wajah, sekarang telah bernama: Lumut Water Front.
















Lebih indah sekiranya pentadbir Lumut dapat berfikir dalam Bahasa Malaysia dan namakannya Anjung Laut Lumut.

Rantau Lumut dalam peta: