Bekerja bersama grup transformasi Kolej Islam Darul Ridzuan: (Dari kiri) Timbalan Rektor Akademik dan Hal Ehwal Pelajar Dr. Haji Ahmad Husni Haji Hasan, Ketua Jabatan Pembangunan Kurikulum Salman Saaid, saya, Dekan Fakulti Usuluddin Suhaimi Abdul Wafir dan Ketua Jabatan Penyelidikan Berhanudin Ahmad.
Bermula dengan bengkel pertama pada bulan Ramadhan yang lalu di Ipoh, saya memudah cara grup ini membanting otak dalam bengkel-bengkel marathon di Cameron Highland, Lumut dan Pulau Pinang sepanjang September dan Oktober. Misi: Memperkasakan Kolej Islam Darul Ridzuan dalam usaha mendidik modal insan ulul albab untuk negara.
Kampus indah Kolej Islam Darul Ridzuan di Bukit Chandan, Kuala Kangsar. Institusi pengajian tinggi ini merupakan badan berkanun milik kerajaan negeri Perak dan berdaftar sebagai institusi pengajian tinggi swasta dengan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia di bawah Akta IPTS 1996.
Kolej ini menawarkan pengajian tinggi peringkat diploma dalam bidang pengajian Islam, pengajian syariah, pengurusan, komunikasi, kaunseling, perniagaan, perbankan, perakaunan, teknologi maklumat dan bahasa dan kesusasteraan arab.