2021

2021
DARURAT COVID-19

KESEPIAN BERJANGKIT, KEBENCIAN? (II)

Ahad, Disember 06, 2009

| | |


Gambar-gambar di atas dipetik daripada The Unspinners. Wajah yang dijadikan alas pintu yang kemudiannya dipijak serta dilangkah oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng serta hadirin konvensyen parti DAP itu ialah Hee Yit Fong (Timbalan Yang DiPertua Dewan Undangan Negeri Perak dan ADUN Jelapang), Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu (ADUN Changkat Jering), dan Jamaluddin Mohd Radzi (ADUN Behrang). Ketiga-tiga ADUN berkenaan, yang asalnya anggota Pakatan Rakyat, telah mengisytiharkan diri mereka sebagai wakil rakyat bebas serta menyokong parti Barisan Nasional.

Inilah jelmaan penyakit kebencian yang berkesumat dalam kalbu para pemimpin politik yang menggelarkan diri mereka sebagai pejuang demokrasi. Penyakit kebencian yang berkelodak dalam jiwa menyebabkan mereka gagal menghormati prinsip paling asas dalam amalan politik demokrasi - perbezaan pendapat dan kebebasan menyatakan pendirian. Akibatnya sahabat dan kawan yang dahulunya dipuja dan dijulang, lantaran tidak lagi sehaluan, kini dinista dan dihina.

Di pentas antarabangsa, Presiden Amerika Syarikat Ke-43 George W. Bush mencerca Iraq dan Iran - pada suatu ketika merupakan negara sahabat karib dan sekutu USA - sebagai 'axis of evil (paksi syaitan/tonggak kejahatan)'. Demikian juga cercaan terhadap pejuang ciptaan dan tajaan USA sendiri, Osama bin Laden, yang berjaya menghalau Soviet Union dari Afghanistan. Kata Bush: 'This is an evil man ... (Ini lelaki iblis ...)' Baca laporan CNN.com.

Malah presiden USA itu memberi amaran kepada negara-negara yang berpendirian berbeza dengannya menerusi ungkapan berikut: 'You're either with us or against us in the fight against terror (Dalam memerangi keganasan ini, sama ada kalian bersama kami atau menentang kami.).' Baca laporan CNN.com.