2021

2021
DARURAT COVID-19

BEKAS SAINTIS NASA MASUK PERANGKAP EJEN FBI YANG MENYAMAR EJEN MOSSAD

Rabu, Disember 09, 2009

| | |
Bekas saintis NASA, Stewart David Nozette boleh mengesan tanda-tanda kewujudan air di bulan tetapi gagal mengesan penyamaran ejen FBI sebagai ejen Mossad.

Akibatnya beliau terjerat dalam perangkap ejen FBI itu setelah beliau bersetuju menjual maklumat rahsia sistem pertahanan dan keselamatan Amerika Syarikat kepada Israel. Nozette telah menyerahkan maklumat tersebut, dengan sejumlah bayaran, kepada ejen FBI yang disangkanya ejen Mossad.

Kenaifan saintis Nozette dan penyamaran ejen FBI sebagai ejen Mossad ini dilaporkan secara terperinci oleh Haaretz.com pada 20 Oktober 2009. Baca selanjutnya.

Berita di atas menarik perhatian saya kerana saya sedang menelaah hasil penyelidikan pengarang Gordon Thomas bertajuk Gideon's Spies - The Secret History of the Mossad (edisi 2009) setebal 704 muka surat. Buku ini telah diterbitkan dalam 16 bahasa.

Mossad ialah agensi perisikan Israel yang ditubuhkan atas arahan perdana menteri pertama Israel, David Ben-Gurion menerusi dekri beliau bertarikh 13 Disember 1949. Bekas ketua Mossad, Meir Amit (Ketua Pengarah Mossad, 1963-1968), dalam ulasannya terhadap buku ini, sebagaimana dicatatkan oleh Gordon, berkata: "Tells it like it was - and like it is."


Gordon memulakan buku ini dengan bahagian 'Glossary' - salah satu entrinya ialah perkataan kidon yang bermaksud 'operative specializing in assassination' - dan mengakhirinya dengan catatan berikut:"Mossad can be harsh beyond belief to its enemies. It often treats its own staff who fail with a ruthlessness no other agency would consider. But Mossad prides itself as rightly being regarded among the best, if not the very best."

[Gordon Thomas (gambar) mengarang 53 judul buku, termasuk tujuh fiksyen, yang mencecah jualan sebanyak 45 juta naskhah. Buku pertama beliau Descent Into Danger, berkenaan perisik British di Rusia dalam Perang Dunia Kedua, ditulis ketika beliau berusia 17 tahun. Sumber: Gordon Thomas dalam www.publi-action.com.]