2021

2021
DARURAT COVID-19

CORETAN KERAJAAN 1MALAYSIA(I)

Jumaat, Julai 17, 2009

| | |
Benarkah kenaikan harga barangan atau perkhidmatan tidak menjejaskan rakyat berpendapatan rendah?

Benar. Demikian yang saya faham daripada kenyataan seorang anggota Kerajaan 1Malaysia. Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin dilaporkan oleh Business Times edisi 17 Julai 2009 sebagai berkata: "But any increase in electricity tarrifs would not affect the lower income group."

Akhbar itu, dalam rencana bertajuk Electricity, gas to cost more as govt seeks to cut subsidies, selanjutnya memetik menteri berkenaan sebagai berkata: "A tariff revision was due July 1 2009 but the government is mindful of the impact and has delayed the implementation date."

Malangnya akhbar itu tidak melaporkan sama ada Datuk Peter Chin memberikan penjelasan bagaimana kenaikan tarif elektrik tidak akan menyusahkan pengguna berpendapatan rendah. Akhbar itu juga tidak melaporkan sama ada menteri itu memberi jaminan bahawa harga barang dan perkhidmatan lain yang digunakan oleh rakyat berpendapatan rendah tidak akan meningkat dengan peningkatan tarif elektrik.

Lebih malang lagi, apabila ditanya mengapa Kerajaan menimbang untuk menaikkan tarif elektrik dan gas dalam suasana kelembapan ekonomi negara dewasa ini, Datuk Peter Chin dipetik sebagai menjawab: "It is the Economic Planning Unit's decision, not my ministry."

Jawapan menteri itu, jika betul beliau berkata demikian, meragukan keyakinan saya terhadap kenyataan beliau bahawa kenaikan tarif elektrik tidak akan menjejaskan rakyat berpendapatan rendah.

Kesatuan Kerajaan 1Malaysia juga meragukan.

[Catatan ini dikirimkan ke laman web 1Malaysia.]