2021

2021
DARURAT COVID-19

SURAT KEPADA PANGLIMA

Selasa, Disember 16, 2008

| | |

Tuan Jeneral Tan Sri Dato' Sri Haji Abdul Aziz bin Haji Zainal,
Panglima Angkatan Tentera Malaysia.

Bernama 16 Disember 2008 melaporkan bahawa Tuan Jeneral berasa kecil hati terhadap suara-suara sumbang mangsa tanah runtuh Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa yang dilontarkan kepada anggota pasukan-pasukan penyelamat yang bertugas di tempat tragedi berkenaan.

Laporan bertajuk 'Army Disappointed With Landslide Victims' itu telah memetik Tuan Jeneral sebagai berkata: "Instead of gratitude, we received baseless accusations from the residents".

Seterusnya Tuan Jeneral dipetik sebagai berkata bahawa mangsa-mangsa tragedi tersebut menuduh anggota pasukan penyelamat sebagai tidak melaksanakan tugas mereka.

Demikianlah Tuan Jeneral. Apabila Tuan Jeneral mencurah garam ke laut, walaupun sebesar Bukit Antarabangsa atau seribu kali lebih besar daripada bukit tersebut, bukan sahaja laut berkenaan tidak tahu berterima kasih, malah Tuan Jeneral sendiri pun akan dibahamnya tanpa belas ihsan. Maka usahlah Tuan Jeneral berkecil hati.

Lainlah halnya jika Tuan Jeneral menabur bakti kepada rakyat miskin yang menjadi mangsa banjir di kampung-kampung 'tidak mewah' di daerah-daerah lembah di Kelantan, Terengganu, Kedah, Pahang dan Johor. Sebuku garam pun yang Tuan Jeneral hulurkan, senyum mereka selebar wajah, ungkapan terima kasih mereka sederas titik hujan tengkujuh, kesyukuran mereka menujah ke alam tinggi.

Tuan Jeneral, perhatikanlah pekerti murni mangsa-mangsa banjir berikut:



Tuan Jeneral, berbaktilah kepada ibu-ibu tua berikut walaupun tiada arahan daripada Tuan Menteri:



Sekian dan terima kasih Tuan Jeneral.

[Gambar-gambar mangsa banjir dipetik dari laman Photopages Sirloin Skipper dan laman blog Destinasi Tempat Percutian Menarik Malaysia]