2021

2021
DARURAT COVID-19

RAJA BOLLYWOOD MENJELMA PAHLAWAN MELAKA

Selasa, Disember 23, 2008

| | |

Kebijaksanaan Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka pada abad kelima belas ialah meyakinkan Maharaja Yongle di China bahawa Melaka merupakan empayar besar yang menguasai seluruh semenanjung, pulau dan perairan Asia Tenggara. Lantas Maharaja Yongle mengiktiraf kedaulatan Sultan Mansur Shah dan mengirimkan Puteri Li Po untuk diperisterikan oleh baginda. Dayang-dayang yang mengiringi Puteri Li Po, sebanyak 500 orang, pula menjadi isteri kepada pegawai-pegawai dan pahlawan-pahlawan Kerajaan Melaka pada ketika itu.

Kebijaksanaan Kerajaan Melaka abad ke-21 ialah meyakinkan Shahrukh Khan, raja dan bintang Bollywood, untuk menyarungkan baju kebangsaan bersematkan bintang Darjah Mulia Seri Melaka dan mempamerkannya ke seantero dunia. 

Dalam dunia Bollywood, dengan menyarungkan sesuatu kostum (costume) dan melakonkan sesuatu watak, Shahrukh Khan mendapat bayaran sekitar 60 juta rupee, kira-kira RM700,000.
[Gambar hiasan: Shahrukh Khan sebagai Devdas dalam filem Devdas. Sumber: Indiatimes]