2021

2021
DARURAT COVID-19

KEMPEN PILIHAN RAYA ISRAEL

Ahad, Disember 28, 2008

| | |
[Tzipi Livni. Sumber: Times Online]

Tzipora Malka "Tzipi" Livni, 50, ketua parti Kadima dan Menteri Luar Israel, akan berdepan dengan Benjamin "Bibi" Netanyahu, 59, ketua parti Likud dan bekas Perdana Menteri Israel, dalam pilihan raya parlimen Israel, Knesset, pada 10 Februari 2009.



[Benjamin Netanyahu. Sumber:BT Internet.Com ]

Janji kedua-dua calon perdana menteri Israel tersebut ialah mengganyang rakyat Palestin dengan alasan untuk melindungi penduduk Israel daripada ancaman Pihak Berkuasa Palestin Wilayah Gaza yang dipimpin oleh parti Ḥarakat al-Muqāwama al-Islāmiyya ( Hamas). Berbekalkan janji tersebut, kedua-dua calon sedang hebat berkempen dengan menabur bom dan peluru di Wilayah Gaza, Palestin. 

[Wilayah Gaza, Palestin. Sumber: BBC News Online]

BBC News Online 27 Disember 2008 memaparkan laporan kempen pilihan raya Israel seperti berikut:

"Massive Israeli air raids on GazaIsraeli F-16 bombers have pounded key targets across the Gaza Strip, killing at least 225 people, local medics say.

Most of those killed were policemen in the Hamas militant movement, which controls Gaza, but women and children also died, the Gaza officials said.

About 700 others were wounded, as missiles struck security compounds and militant bases, the officials added." Laporan penuh.

Gambar-gambar di bawah menunjukkan kesan kempen pemimpin-pemimpin Israel yang terpaksa ditanggung oleh rakyat Palestin yang tidak berdosa.






[Sumber: News Cottage]