2021

2021
DARURAT COVID-19

TAHNIAH UMNO

Khamis, Oktober 09, 2008

| | |

Tahniah kepada UMNO atas kejayaannya melayari gelombang pertama peralihan kuasa.

Terima kasih kepada pemimpin-pemimpin UMNO yang peka kepada suara akar umbi serta mengelola peralihan kepimpinan dengan cermat dan beradab.

Kepekaan kepada suara akar umbi dan kebijaksanaan dalam mengurus hal ehwal kepimpinan parti merupakan titik mula yang mustahak dalam usaha mengembalikan keyakinan rakyat terbanyak, khususnya bangsa Melayu, kepada UMNO.

Adab dan kebijaksanaan yang ditunjukkan oleh pucuk kepimpinan UMNO peringkat kebangsaan itu sewajarnya diteladani oleh kepimpinan UMNO peringkat negeri dan bahagian.

Kepimpinan UMNO peringkat negeri yang gagal dalam pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 - Kedah, Kelantan, Perak, Selangor dan Pulau Pinang - hendaklah akur dengan suara rakyat di negeri masing-masing. Kepimpinan mereka telah ditolak oleh rakyat terbanyak. Ketidakupayaan mereka mengemudi jentera parti telah nyata bagai kristal.


Pengerusi UMNO Negeri Selangor telah menerima hakikat kegagalan dan ketidakupayaan beliau dengan cara yang bermaruah.


Pengerusi-pengerusi UMNO Kelantan, Kedah, Perak dan Pulau Pinang bagaimana? Belum cukup dewasakah mereka untuk bertanggungjawab? Bilakah mereka akan mempamerkan kebijaksanaan dan keberanian demi masa depan parti rumpun Melayu?