2021

2021
DARURAT COVID-19

YB LIM KIT SIANG PEJUANG KEBEBASAN AKHBAR ALAF BAHARU

Rabu, Oktober 15, 2008

| | |
NST Online pada 15 Oktober 2008 melaporkan bahawa Yang Berhormat Lim Kit Siang telah menuduh akhbar Utusan Malaysia memugar idea bagaimana untuk membunuh ahli-ahli politik menerusi karya kreatif. Beliau dilaporkan membuat tuduhan itu semasa berbahas di Parlimen Malaysia.

Beliau juga dilaporkan sebagai menjulang dan mengibar-ngibar naskhah akhbar berkenaan tatkala membuat tuduhan itu untuk menarik perhatian ahli-ahli parlimen yang lain.

Berita asal yang tersiar dalam NST Online itu ialah seperti berikut:

"DEWAN RAKYAT: Paper 'planting assassination idea'

DAP adviser Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur) has accused the Malay newspaper, Utusan Malaysia, of planting the idea of assassinating members of parliament through a story published in Mingguan Malaysia, its Sunday edition.

Lim said the fictitious story entitled "Politik baru YB J" was aimed at Teresa Kok.

"The YB Josephine, who is the main character in the piece, actually referred to Teresa Kok," he said."
Berita sepenuhnya.

Karya kreatif yang dimaksudkan oleh Ahli Parlimen Ipoh Timor dari parti DAP itu ialah cerpen bertajuk Politik baru YB J yang disiarkan dalam akhbar Mingguan Malaysia pada 12 Oktober 2008 seperti berikut:

"Politik baru YB J

PAGI itu resah YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal. Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota, fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi. Entah mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu. Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian." Cerita sepenuhnya.

TAHNIAH YB LIM KIT SIANG. SYABAS RAKYAT MALAYSIA.
MAAFKAN SAYA PARA KARYAWAN. KITA BERADA PADA ERA KEBEBASAN AKHBAR ALAF BAHARU.