2021

2021
DARURAT COVID-19

Makanan Manusia Membunuh Anjing

Isnin, September 22, 2008

| | |
********************
The Star Online pada Sabtu 20 September 2008 melaporkan berita berikut:
"Govt to investigate Teresa Kok’s ‘dog food’ claim.

KLANG: The government will conduct a serious investigation into claims by Seputeh MP Teresa Kok that she was served food that was “almost like dog food” while detained under the Internal Security Act (ISA
). Laporan penuh.

********************
(Sumber imej: Chicago Dog Whisperer)

Semangkuk bijirin yang diadun khas untuk pembesaran kanak-kanak boleh menjadi racun kepada anjing. Demikian ingatan doktor perubatan veterinar Dr. Race Foster and Dr. Marty Smith dari Wisconsin, USA, kepada pemelihara dan penjaga anjing di seluruh dunia.


Mengapa? Makanan kanak-kanak mungkin mengandungi serbuk bawang. Bawang pula mengandungi sulfoksid dan disulfid. Kedua-dua bahan ini boleh memusnahkan sel darah merah. Maka anjing yang diberi makan makanan yang mengandungi serbuk boleh menderita penyakit anemia.

Demikian pendapat kedua-dua pakar perubatan haiwan tersebut dalam artikel bertajuk Foods to Avoid Feeding Your Dog dalam lam web PetEducation.Com.

Selanjutnya mereka mengingatkan bahawa sesetengah makanan manusia boleh mengancam kesihatan anjing kerana perbezaan metabolisma antara keduanya. Ancaman tersebut mungkin dalam bentuk gangguan dan keradangan kepada sistem penghadaman, penyakit merbahaya, dan boleh juga membunuh.

Berikut ialah antara makanan biasa, yang disenaraikan oleh Dr.Foster dan Dr.Smith, yang tidak sepatutnya dihidangkan kepada anjing:

Minuman beralkohol. Minuman ini bukan sahaja memabukkan, malah boleh menyebabkan koma dan maut.

Tulang. Anjing juga boleh tercekik tulang. Tulang juga boleh mencederakan saluran penghadaman anjing;

Coklat, kopi, teh dan makanan atau minuman berkafein. Kafein memberi kesan buruk kepada jantung dan sistem saraf anjing.

Hati. Hati mengandungi banyak vitamin A. Dikhuatiri anjing mengalami keracunan vitamin A yang kemudiannya mendatangkan kesan buruk kepada otot dan tulangnya.

Susu dan hasil-hasil tenusu. Sesetengah anjing, seperti juga manusia, tidak memiliki enzim laktase yang cukup untuk mencerna laktos dalam susu. Anjing berkenaan boleh diserang cirit-birit.

Ikan mentah. Ingatan kepada penggemar sushi yang memelihara anjing. Ikan mentah boleh mencetuskan kekurangan tiamin, yakni sejenis vitamin B. Kekurangan tiamin boleh menyebabkan hilang selera makan, kekejangan otot, dan maut.

Telur mentah. Telur mentah mengandungi enzim avidin yang boleh merencat penyerapan biotin, juga sejenis vitamin B. Kekurangan biotin boleh menyebabkan keradangan kulit. Malah telur mentah dikhuatiri mengandungi bakteria Salmonella yang boleh menyebabkan salmonelosis, yakni penyakit keracunan makanan.

Tembakau. Awas perokok yang membela anjing. Tembakau mengandungi nikotin. Nikotin boleh merosakkan saluran penghadaman dan sistem saraf. Denyutan jantung yang kencang secara tiba-tiba boleh menyebabkan kepitaman, pengsan, koma dan maut.

Sekian catatan ingatan kepada pemilik dan pemelihara anjing. (Sumber imej: SFGate.com)