2021

2021
DARURAT COVID-19

APABILA PENGUASA LUPA JANJI!

Jumaat, November 23, 2012

| | |

'Kera di hutan disusui, anak sendiri mati tak makan'. Demikian tindakan ketua eksekutif kerajaan negeri Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Beliau membeli sebuah bas mewah berharga RM650,000 untuk digunakan oleh Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim menjelajah negara berkempen. Walhal Ketua Pembangkang itu memiliki kekayaan, serta partinya memperoleh banyak sokongan penajaan, yang lebih daripada cukup untuk menjelajah negara dengan jet persendirian.

Sebaliknya kerajaan Selangor yang dipimpin oleh Tan Sri Abdul Khalid gagal menunaikan janji partinya dalam Pilihanraya Umum Ke-12 untuk membela nasib golongan rakyat yang lemah, terutamanya para ibu tunggal.

Dalam pilihanraya tahun 2008 itu ibu tunggal dijanjikan elaun bulanan oleh Barisan Alternatif sekiranya mereka menguasai Selangor. Di bawah ialah manifesto parti itu. Teks dalam kotak merah di bawah tajuk 'Sosial dan Kebajikan Rakyat' ialah janji kepada ibu tunggal seluruh Selangor: 'memberi elaun ibu tunggal yang layak'.

Sabar menunggu selama empat tahun tetapi kerajaan Selangor pimpinan Parti Keadilan Rakyat masih gagal mengotakan janji tersebut, Persatuan Ibu Tunggal Selangor mengadu kepada mahkamah untuk mendapatkan pembelaan.

Inilah berita dari Shah Alam pada 22 November 2012 sebagaimana dilaporkan oleh Utusan online:

'2,020 ibu tunggal saman RM10.9 juta
SHAH ALAM 22 Nov. - Sebanyak 2,020 ibu tunggal hari ini mengemukakan saman terhadap kerajaan negeri Selangor bagi menuntut tunggakan elaun bulanan berjumlah RM10.9 juta yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) yang lalu.

Saman tersebut difailkan melalui firma guaman, Tetuan Kamarudin & Partners bagi pihak kesemua ibu tunggal berkenaan yang diketuai oleh Pengerusi Persatuan Ibu Tunggal Selangor, Murtini Kasman di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 9.20 pagi ini.

Mereka selaku pihak plaintif menamakan kerajaan negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP defendan pertama manakala Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selaku Ketua Eksekutif kerajaan negeri defendan kedua.


Benarlah maksud perumpamaan orang tua-tua Melayu yang sekian lama menelah kejadian ini. Demi kuasa, 'kera di hutan disusui, anak sendiri mati tak makan'.

Catatan berikut berkaitan:


Gaps desak MB Selangor dedah wang beli bas