2021

2021
DARURAT COVID-19

SIDANG MEJA BULAT KOMUNITI SARAWAK

Isnin, Mei 28, 2012

| | |
Kuching, 26 Mei 2012 - Pengerusi Panel Dailaog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd Noordin (membelakangkan kamera) mempengerusikan Sidang Meja Bulat Komuniti Sarawak. Sesi tertutup yang berlangsung di Jabatan Pelajaran Sarawak ini dihadiri wakil pelbagai komuniti, institusi dan pertubuhan dalam negeri Sarawak.

Antara isu yang dibangkitkan oleh peserta ialah fenomena dyslexia dalam kalangan 20 peratus murid sekolah di negara ini. Dyslexia ialah kesukaran membaca yang berpunca daripada kecacatan bahagian bahasa dalam otak. Bacaan lanjut berkenaan dyslexia di sini.

Ibu bapa, malah guru, tidak dapat mengesan fenomena ini kerana murid dyslexic kelihatan normal, bijak, berbakat dan berminat dalam pelajaran tetapi tidak boleh membaca. Akibatnya murid berkenaan tertinggal dalam pelajaran, cicir dan bakat mereka tidak dapat dikembangkan dengan sebaik-baiknya.

Masalah ini dapat ditangani sekiranya guru-guru diberikan latihan untuk mengenal pasti serta membantu murid dyslexic dan Kerajaan menyediakan prasarana pendidikan yang khusus untuk mereka.