Kota Kinabalu, 19 Mei 2012 - Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dato' Dr. Wan Mohd. Zahid bin Mohd. Noordin mempengerusikan Sidang Meja Bulat Komuniti Negeri Sabah. Sidang tertutup ini dihadiri wakil pelbagai komuniti dalam negeri Sabah. Sebelumnya Dr. Wan Mohd. Zahid mempengerusikan sesi terbuka town hall yang dihadiri wakil anggota masyarakat, ibu bapa serta guru-guru sekitar Kota Kinabalu (gambar bawah).