2021

2021
DARURAT COVID-19

DIALOG NASIONAL PENDIDIKAN NEGARA 2012

Selasa, Mei 01, 2012

| | |
Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd Noordin, mengendalikan sesi townhall 1 bertema Aspirasi Terhadap Pendidikan Negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 29 April 2012.

Sesi sehari suntuk ini disertai 1,500 warga komuniti Putrajaya, Kuala Lumpur dan Selangor. Mereka terdiri daripada wakil-wakil NGO, PIBG, pemimpin dan penggerak masyarakat, pendidik dan ibu bapa.

Sesi townhall merupakan siri perundingan dengan masyarakat umum bagi mengumpul pandangan dan hasrat rakyat Malaysia terhadap pendidikan kebangsaan.

Pandangan dan hasrat tersebut akan menjadi panduan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dalam menyiapkan usaha Kajian Semula Pendidikan. Hasil kajian ini ialah rancangan hala tuju pendidikan kebangsaan yang akan menjadi asas pelaksanaan sistem pendidikan negara dalam beberapa dekad yang akan datang.

Selain sesi townhall yang terbuka kepada umum, Dialog Nasional Pendidikan Negara akan turut menyaksikan pelaksanaan sidang meja bulat. Sidang meja bulat merupakan siri perundingan dengan  kelompok masyarakat sivil seperti cendikiawan, pemikir, budayawan, karyawan, industrialis, aktivis sosial, ahli profesional, jurnalis, pertubuhan belia, pemimpin masyarakat, penggerak masyarakat dan pemimpin pelajar.

Manakala negarawan dan tokoh masyarakat pula akan dirundingi oleh Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara menerusi sesi temu bual.

*Terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia dan Pengerusi Panel Dialog Nasional Pendidikan Negara yang menyediakan ruang kepada saya untuk turut menyumbang kepada Kajian Semula Pendidikan.