2021

2021
DARURAT COVID-19

AMERIKA RISAU, KITA TERUS BERTIKAI!

Jumaat, Februari 17, 2012

| | |
Pagi semalam, 16 Februari 2012, saya bersarapan di kedai kopi pesisir lebuh raya menuju Putrajaya, sambil menikmati hidangan pemikiran dan dapatan kajian dua sahabat, Thomas Friedman dan Michael Mandelbaum, dalam 'That Used To Be Us'.

That used to be us merupakan rangkai kata yang bersumber daripada ungkapan Presiden Barack Obama pada 3 November 2010 dalam sidang akhbar di White House, Washington. Ungkapan tersebut malah menjadi prolog 'That Used To Be Us'. Bunyinya begini:

'It makes no sense for China to have a better rail systems than us, and Singapore having better airports than us. And we just learned that China now has the fastest supercomputer on Earth - that used to be us.'

Ungkapan presiden itu terbit daripada kerisauan beliau terhadap hakikat bahawa masyarakat USA sekarang semakin jauh tertinggal dalam perlumbaan masyarakat dunia memajukan diri masing-masing dalam segenap lapangan kehidupan moden.

Kerisauan presiden itu dipaparkan secara saintifik dan objektif oleh Friedman (kolumnis tersohor akhbar The New York Times) dan Mandelbaum (sarjana politik di Johns Hopkins University) dalam buku ini. Mereka seterusnya menjelmakan arca 'risau' tersebut kepada 'motivasi dan inspirasi' untuk pemimpin dan rakyat Amerika Syarikat - menganjurkan penyatuan tenaga dan penyegaran semula semangat juang pelopor Amerika Syarikat.

Friedman dan Mandelbaum menutup 'That Used To Be Us' dengan bab bertajuk Rediscovering America dan dengan bisikan berikut:

'The secret of our success has always been combining and understanding of the world in which we were living with the updating of the America formula in order to adapt to the circumstances of the time, even when this required overcoming political differences and doing big, hard things together.'

Demikian kerisauan Presiden Barack Obama. Demikian kerisauan cendekiawan Amerika Syarikat. Demikian bersungguh mereka menginspirasikan permuafakatan untuk melonjak ke hadapan serta mengenepikan perbezaan yang berpunca daripada kepentingan politik.

Kita terus-terusan mencari perbezaan demi meneruskan pertikaian!

[Harga buku ini di Times Bookstores RM74.95, tidak sampai 20 sen semuka surat.]