2021

2021
DARURAT COVID-19

KOLEJ VOKASIONAL - IDEA INOVATIF KPM

Selasa, Januari 10, 2012

| | |
PERKATAAN TERLARIS ERA 1MALAYSIA IALAH TRANSFORMASI. Namun transformasi tanpa inovasi hanya tinggal slogan. Cabaran ini disahut oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan menginovasi satu institusi baharu dalam sistem pendidikan kebangsaan - KOLEJ VOKASIONAL.

Tahniah Kementerian Pelajaran Malaysia. Syabas kepada Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Abd. Ghafar Mahmud, yang memimpin dan menggerakkan pasukan inovatif beliau dalam inisiatif Transformasi Pendidikan Teknik Vokasional sehingga menjelmakan produk baharu untuk remaja Malaysia - Program Kolej Vokasional.

Idea inovatif ini melonjakkan sistem pendidikan kebangsaan ke tahap yang lebih tinggi serta menepati keperluan agenda transformasi negara untuk menjadikan Malaysia negara maju berpendapatan tinggi. Inovatif ini juga mengangkat status sistem pendidikan kebangsaan ke tahap yang setara dengan sistem pendidikan di negara-negara maju seperti Peranchis (Lycée Professionnel), Finland (Kolej Vokasional) dan Korea Selatan (Sekolah Tinggi Profesional).


Fakta ringkas Program Kolej Vokasional (dipetik daripada buku Pelan Strategik Transformasi Pendidikan Vokasional):
  • Tujuan: menghasilkan tenaga kerja separa profesional.
  • Orientasi pembelajaran: pembelajaran berasaskan kerja.
  • Tempoh pengajian: empat tahun (diploma), tiga tahun (sijil).
  • Lulusan dianugerahkan Sijil Kolej Vokasional dan Diploma Kolej Vokasional.
  • Bidang pengajian: kejuruteraan, teknologi, pertanian, perniagaan, hospitaliti, pengangkutan, sains kesihatan dan industri sukan.
  • Komponen kurikulum: jati diri (komunikasi, patriotisme, sahsiah), ilmu (aplikasi, kreativiti, inovasi) dan kompetensi kompetitif (vokasional, keusahawanan, insaniah).
  • Pintu masuk terbuka kepada lulusan Penilaian Menengah Rendah dan lulusan Program Pendidikan Asas Vokasional dengan Sijil Kemahiran Malaysia Tahap II.
[Gambar: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin, mempamerkan buku Pelan Strategik Pendidikan Vokasional pada majlis pelancaran Transformasi Pendidikan Vokasional pada 6 Januari 2012 di German Malaysia Institute, Bangi. Terkanan ialah Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Dato' Seri Abd. Ghafar Mahmud. Carta: Lanskap sistem pendidikan kebangsaan selepas Transformasi Pendidikan Vokasional.]

[Saya menumpang bangga kerana berpeluang bekerja bersama-sama pasukan inovatif Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia menyudahkan Pelan Strategik Pendidikan Vokasional.]