2021

2021
DARURAT COVID-19

KAJIAN KES: EHSAN GEREJA

Isnin, September 05, 2011

| | |

Ehsan gereja terhadap muslimah yang kesempitan hidup - catatan kaji selidik Profesor Madya Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkenaan isu Damansara Utama Methodist Church:

"... dirinya seorang janda yang ditinggalkan suami. Terpaksa menanggung hidup tiga orang anak.

Dalam kesempitan hidup yang amat, diminta keluar dari rumah sewa dan tenat mencari sesuap nasi untuk diri dan anak-anak dia pergi merintih di pejabat zakat. Dia tidak dilayan. Bahkan pegawai bertugas dengan tegas memberitahunya peruntukan sudah habis. Rayuannya tidak diendahkan.

Dia keluar berusaha lagi. Dia berjaya mendapatkan surat sokongan ahli politik. Kembali ke pejabat zakat membawa surat tersebut, terus sahaja dia mendapat peruntukan zakat. Peruntukan yang kononnya sudah habis sebelum itu, kembali ada untuknya.

Dengan berbekalkan wang zakat itu dia berusaha survive. Dia juga pergi ke bahagian kebajikan masyarakat, juga tidak dilayan. Dia bekerja untuk meneruskan hidupnya yang sempit.

Di tempat kerja, melihatkan keadaannya yang susah dan miskin maka ada rakan sekerja yang beragama kristian mencadangkan untuk dia pergi ke suatu tempat yang mudah dan mesra dalam memberikan bantuan.

Di situlah bermula hubungan dia dengan pihak gereja. Apa tidaknya, dia susah, kehidupan terhimpit dan anak-anak yang masih kecil memerlukan makanan dan perlindungan. Pihak gereja membantu keperluan hidupnya."

Catatan menarik sepenuhnya dalam Minda Tajdid di sini.

Penemuan kaji selidik ahli akademik Universiti Sains Malaysia itu membenarkan maksud nilai teras yang dihayati oleh komuniti Damansara Utama Methodist Churh:


  • Nilai teras kelima: Contagious evangelism through love and kindness.
  • Nilai teras keenam: Compassionate service of hope and healing.