2021

2021
DARURAT COVID-19

KES LEMBU JANTAN MASUK KEDAI TEMBIKAR DI UNISEL

Rabu, Ogos 03, 2011

| | |
(Gambar hiasan dipetik daripada Freaking News)

Lembu jantan masuk dalam kedai pinggan mangkuk tembikar. Tiada lain sumbangannya kecuali kerosakan. Demikianlah yang terjadi di Universiti Industri Selangor (Unisel). Menara gading pusat akademik diurus oleh orang politik berjawatan menteri besar.

Keadaan menjadi hingar-bangar dan tunggang terbalik di Unisel. Naib canselor meletak jawatan secara mengejut. Timbalan-timbalan naib canselor bermuafakat mengirim memorandum kepada menteri besar. Pendaftar diarah pecat. Dekan diarah buang. Baca berita mengenai kecelaruan tersebut di sini dan di sini.

Lembu jantan, bahasa Inggerisnya bull. Cambridge Dictionaries Online memberikan contoh ayat berikut selepas mendefinisikan perkataan bull: They did not see the sign by the gate saying 'Beware of the bull'.

Never trust a bull no matter how quiet you think he is (Sekali-kali jangan percaya akan lembu jantan, betapa pun baik lakunya). Demikian catatan pada bab kelima, Safety on the farm, buku Farmer Ash dalam Irish Farmers Journal. Catatan seterusnya:

  • Avoid the hind legs of the animal in case they kick (Jauhi kaki belakang lembu, anda mungkin ditendang).
  • Have an escape route ... (Pastikan tersedia jalan keluar ...).
  • Always bring a stick with you ... (Sentiasa membawa batang kayu ...)
PERSOALAN BESAR: Bagaimanakah mengeluarkan lembu jantan itu daripada Unisel?