2021

2021
DARURAT COVID-19

JANJI PM NAJIB AWAL JULAI

Selasa, Julai 12, 2011

| | |
Ini bukan tepian Sungai Klang di Kuala Lumpur, tetapi pemandangan indah dan gambaran aktiviti pelancongan di Sungai Seine, Paris. Pemandangan seumpama ini dijanjikan oleh Perdana Menteri Malaysia untuk warga kota Kuala Lumpur.

Pemandangan tepian Sungai Klang seperti gambar di bawah, apabila janji itu terkota, akan menjadi sejarah

Perdana Menteri Dato' Sri Mohd Najib Tun Haji Abdul Razak menjanjikan 'kawasan tepian air yang bersih dan rancak dengan pelbagai aktiviti' kepada warga kota Kuala Lumpur.

Beliau melafazkan janji tersebut pada 1 Julai 2011 di Kuala Lumpur semasa berucap melancarkan projek Sungai Nadi Kehidupan kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Projek ini merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi bagi Greater Kuala Lumpur-Klang Valley.

'Kawasan tepian air' tersebut bermaksud tepian Sungai Klang dan Sungai Gombak yang merentasi Kuala Lumpur. DBKL, menerusi projek Sungai Nadi Kehidupan, akan mentransformasi kedua-dua sungai itu kepada:

  1. Sungai yang bersih.
  2. Koridor sungai yang indah dengan rangkaian pejalan kaki, laluan berbasikal dan pengangkutan air.
  3. Destinasi pelancongan bertaraf dunia.
'Taraf dunia' yang dipercontohkan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Mohd. Najib ialah ikon jalan air di London, Paris, Melbourne dan Amsterdam. Beliau juga menyebutkan tepian air di Vancouver, Auckland, Geneva dan Seoul yang mempunyai daya tarikan ekonomi dan daya boleh huni.

Kerajaan, sebagaimana dilaporkan oleh newstraitstimes, memperuntukkan sebanyak RM4 bilion bagi menjayakan transformasi tersebut. DBKL memikul tanggungjawab menjelmakan impian besar itu kepada realiti.

Semoga RM4 bilion itu tidak dihabiskan oleh DBKL untuk menaja lawatan sambil belajar ke kota-kota besar yang disebutkan oleh perdana menteri.

Semoga Datuk Bandar Kuala Lumpur memanfaatkan RM4 bilion wang rakyat tersebut bagi merubah wajah Sungai Klang dan Sungai Gombak sebagaimana Datuk Bandar Seoul merubah Sungai Cheonggyecheon dalam tempoh dua tahun (1 Julai 2003 hingga 1 Oktober 2005).

Datuk Bandar Seoul (2002-2006), Lee Myung-bak (sekarang Presiden Korea Selatan), tidak menjanjikan 'tepian Sungai Cheonggyecheon bertaraf dunia' semasa melancarkan projek pemulihan sungai tersebut, namun hasilnya ditunjukkan oleh gambar-gambar berikut:





Sebanyak 50 juta pelancong mengunjungi dan menikmati keindahan Sungai Cheonggyecheon dalam tempoh dua tahun selepas projek pemulihannya selesai.

Datuk Bandar Los Angeles, Antonio Villaraigosa, mengunjungi tepian sungai itu pada 16 Oktober 2006. Inilah sebahagian catatan wartawan Los Angeles Times yang menyertai rombongan Villaraigosa:
'Angelenos who would like to revitalize the Los Angeles River might want to visit the Cheonggyecheon stream in Seoul.
The clean waterway flows placidly through the busy commercial heart of this city of 10 million, tucked between towering skyscrapers and bordered by lush grasses, walkways and artwork.

Mayor Antonio Villaraigosa visited the Cheonggyecheon on Monday, his first morning in South Korea and the midpoint of a 16-day trade mission through East Asia.

"This is fantastic," Villaraigosa said as he stooped down from a stone step and dipped his fingers in the water, one of Seoul's three vice mayors at his side.
"It shows you what you can do. It takes vision."
"The Cheonggyecheon River has shown that 'Yes, we can un-pave paradise.' "
Sumber: Blog ckorea, idreal