2021

2021
DARURAT COVID-19

BUNUH DIRI

Sabtu, Julai 23, 2011

| | |


'TEOH BENG HOCK BUNUH DIRI'. Demikian tajuk berita dalam Utusan Online 22 Julai 2011.

Berita itu selanjutnya memetik Laporan Suruhan Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock:

'Suruhanjaya Diraja Menyiasat Kematian Teoh Beng Hock merumuskan bahawa Setiausaha Politik Exco Selangor itu membunuh diri dengan terjun dari pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di tingkat 14 Plaza Masalam, Shah Alam.' Laporan berita itu sepenuhnya.

Carta A di bawah memberikan maklumat berkenaan kes bunuh diri di Malaysia mengikut etnik. [Maklumat dipetik daripada abstrak laporan kajian autopsi di Pusat Perubatan Universiti Malaya terhadap mangsa kes bunuh diri. Tajuk laporan: Pattern of suicide: a review of autopsies conducted at the University Hospital, Kuala Lumpur. Sumber: Pubmed.gov]
Carta A: Mangsa kes bunuh diri mengikut etnik.

Carta B pula menunjukkan 'terjun dari tempat tinggi' merupakan cara membunuh diri yang menjadi kebiasaan dalam kalangan mangsa kes bunuh diri etnik Cina. [Maklumat dipetik daripada abstrak laporan kajian bertajuk Suicide and ethnicity in Malaysia. Sumber: Pubmed.gov]
Carta B: Cara membunuh diri
dalam kalangan mangsa bunuh diri etnik Cina.
**********
SOROTAN: KES BUNUH DIRI DI NEGARA CHINA

Di negara China, kajian dalam tempoh 1995-1999 menunjukkan:

  • 'Bunuh diri' menduduki tempat kelima dalam senarai 15 sebab kematian.
  • Kadar bunuh diri tahunan: 23 kes per 100,000 penduduk.
  • Peratus kematian kerana bunuh diri daripada semua sebab kematian: 3.6%.
  • Peratus kematian kerana bunuh diri daripada semua sebab kematian penduduk berumur 15-34 tahun: 19%.

**********