2021

2021
DARURAT COVID-19

POLIS JUMPA BOM DI BRICKFIELDS

Isnin, April 18, 2011

| | |
Bernama.com (17/4/2011) melaporkan polis menemui enam butir bom tangan di sebuah hotel murah di Brickfields pada petang Rabu, 13 April. Laporan penuh.


Tahniah dan syabas kepada Polis Diraja Malaysia yang tangkas dan segera menyiasat.



Walau apapun hasil siasatan pihak polis, bom sifatnya meletup dan mendatangkan kemusnahan jiwa dan harta benda.

Bom yang diletupkan di mana-mana lokasi di Kuala Lumpur bukan sahaja memusnahkan jiwa dan harta benda dalam jangkauan 15 meternya, seluruh negara boleh musnah.

Perpaduan antara kaum boleh terbakar. Sangka baik diganti curiga dan kebencian. Nama baik dan rekod keharmonian negara yang diperjuangkan beratus tahun runtuh dalam sekelip mata.



Siapapun pemilik bom tersebut, tiada niat baik dalam hatinya kecuali rasa benci yang meluap dan dendam kesumat yang membara.









Sebelum nasi menjadi bubur, Kerajaan wajib tegas, polis wajib keras, dan setiap warga wajib berawas. Penyebar kebencian wajib dicantas dan penganjur dendam kesumat wajib diberantas.