2021

2021
DARURAT COVID-19

KAMPUNG BUKU MALAYSIA MEREPUT DIMAKAN ULAT

Jumaat, Ogos 06, 2010

| | |

Kampung Buku Malaysia di Lubuk Semilang, Langkawi, jelmaan buah fikiran ulat buku Tan Sri Sanusi Junid kini mereput dimakan ulat.

Kampung buku pertama di rantau Asia Tenggara yang dirasmikan secara gilang-gemilang oleh Perdana Menteri Malaysia Ke-IV, Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 3 Disember 1997 itu sedang nazak dalam suasana suram dan sunyi. Pintu gerbang yang dahulunya gah berdiri menyambut kedatangan tetamu, kini kusam dan kulai.

Kampung buku yang pelancarannya turut disaksikan oleh penggiat International Book Towns Movement, Tuan Noel Anselot (pengasas Redu Village du Livre, Belgium) dan Tuan Henk Ruessink (pengasas Bredevoort Boekenstad, Belanda) itu bukan sahaja sedang luput pada peta pencinta buku dunia malah namanya pada papan tanda jalan telah dipadamkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Artikel lain yang berkaitan:

(Catatan perjalanan semasa berurusan di Langkawi dari 1 hingga 4 Ogos 2010.)