2021

2021
DARURAT COVID-19

INDAHNYA SENI BUDAYA RAKYAT TERENGGANU

Isnin, Jun 14, 2010

| | |


Persembahan silat kura-kura oleh anak seni Kampung Menerung dari Hulu Terengganu di Pusat Seni Setempat, halaman Pasar Payang, Kuala Terengganu.

[Arca seni ini saya rakam, menggunakan telefon tangan Sony Ericson Cyber-shot C902, tatkala mengiringi teman mengunjungi Pasar Payang seusai kerja di Kuala Terengganu pada 12 dan 13 Jun.]

Ketajaman daya akal dan kehalusan rasa seni rakyat Hulu Terengganu sehingga berupaya menjelmakan tabiat kura-kura dalam bentuk gerak tari seni silat mereka amat mengagumkan. Sesungguhnya ekspresi silat kura-kura ini melambangkan ketinggian akal budi dan kecerdasan minda bangsa Melayu walaupun hidup terperosok di hulu negeri.

Inilah yang dikatakan khazanah budaya, cultural capital, yang wajar dirakyatkan dan dinobatkan oleh organ budaya pemerintah. Inilah juga keindahan dan kehebatan yang ingin disaksikan, dinikmati dan dipelajari oleh pelancong asing ke negara ini.

Anehnya elemen seni ini, yang terpancar daripada budaya tinggi rakyat tempatan, tidak tersenarai pada laman web http://tourism.terengganu.gov.my/. Sebaliknya yang dipamerkan oleh laman web bertema Visit Terengganu ... Where Nature Embraces Heritage ialah gambar bas berbumbung motif rumah tradisi Melayu.
Saya tidak nampak bagaimana bas tersebut boleh mendatangkan rasa kagum pelancong asing terhadap budaya rakyat Terengganu.

Demikian juga gambar-gambar di bawah ini:


Mampukah kedua-dua arca di atas memikat hati pelancong dari negara maju untuk terbang ke Malaysia?

Ke manakah menghilangnya ketinggian akal budi dan kecerdasan minda yang sekian lama mendarah daging masyarakat Kampung Menerung di Hulu Terengganu itu?

[Catatan ini dipanjangkan ke Portal Rasmi Kerajaan Negeri Terengganu menerusi ruang Maklum Balas.]