2021

2021
DARURAT COVID-19

MEREKA PERLUKAN KAKI PALSU

Jumaat, April 09, 2010

| | |
Yang berkaki dan berparti sedang berebut kerusi dan merayu undi di Hulu Selangor. Empat remaja ini - gambar atas, dari kiri: Muhamad Aliimran Ismail, Hazrin Abaidi Mohd Nor, Chong Wei Yei dan Nurul Atiqah Marina Ahmad Termizi - hanya merayu sumbangan kaki palsu.

Setiap remaja ini memerlukan dana sebanyak RM6,800 hingga RM7,800. Hulurkan sumbangan anda kepada mereka menerusi Tabung Kebajikan NSTP. Catatkan nama remaja berkenaan di belakang cek dan kirimkan kepada Jabatan Kewangan/Unit Kebajikan, NSTP, Balai Berita, 31 Jalan Riong, 59100 Kuala Lumpur.

Laporan penuh dalam Berita Harian Online dan NST Online.