2021

2021
DARURAT COVID-19

PERIHAL OTAK KOMUNIS DAN TERKEJUTNYA SEORANG AHLI POLITIK

Khamis, Mac 11, 2010

| | |



Zulkifli Nordin, yang pada waktu itu rakan separti dengan Dato' Seri Zahrain, merujuk kepada laporan The Star 29 Januari 2010 bertajuk Zahrain: Lim is a dictator.

Zulkifli dan Zahrain sekarang bukan lagi rakan separti. Zulkifli dipecat daripada partinya. Zahrain pula meninggalkan PKR dengan rela hati. Beliau mengetuai PKR Pulau Pinang tatkala parti itu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional di Pulau Pinang pada Mac 2008.

Saya, walaupun bukan ahli politik dan tidak belajar berkenaan sains politik, tidak terkejut dengan kenyataan Dato' Seri Zahrain. Tulisan yang menggambarkan tindak-tanduk manusia berotak komunis telah lama saya baca dan saya membacanya berulang-kali.

Sekarang saya sedang menelaah Dog's Daughter, tulisan bersama Profesor Pengajian Antarabangsa John Franklin Copper, sarjana pengajian Asia di Rhodes College (Memphis, USA), dan isteri beliau peranakan China zaman komunis Lindsay Lei Wang, penyelidik di Centre for Research in Educational Policy, Universiti Memphis. Buku ini menjelaskan lagi tatalaku manusia berotak komunis, bukan sahaja di negara China, malah di Amerika Syarikat.


Selain Dog's Daughter, buku-buku berikut turut memaparkan pembawaan komunis: Falling Leaves (Adeline Yen Mah), Stalin (Harold Shukman), Mao Zedong (Delia Davin), Mao: The Unknown Story (Jung Chang dan Jon Halliday), War Trash (Ha Jin), A Leaf In The Bitter Wind (Ting-xing Ye) dan Vermilion Gate (Aiping Mu).

Ceritera dalam buku-buku tersebut menyebabkan saya tidak terkejut dengan tuduhan seorang ahli politik terhadap rakan politiknya sebagai 'berotak komunis'. Yang menjadikan saya terkejut ialah perihal terkejutnya ahli politik dari Kulim Bandar Baharu itu.

Barangkali beliau perlu menelaah sekali lagi buku-buku yang saya senaraikan di atas.