2021

2021
DARURAT COVID-19

MENCARI JACQUELYN MARIE HELTON

Rabu, Disember 02, 2009

| | |

Ibu muda pengidap barah tulang, Jacquelyn 'Lynn' Marie Helton (1951-1971), meninggal pada 10 November 1971 di sebuah hospital di Denver, Colorado, Amerika Syarikat. Beliau meninggalkan kecintaannya, suami kedua Tom Helton dan anak perempuan yang dilahirkannya ketika berusia 18 tahun, Jenifer yang baru berusia dua tahun, dan pita rakaman suara batinnya.

Pita rakaman suara batin Jacquelyn Helton itu mengandungi keazaman beliau untuk terus hidup dan menumpahkan kasih sayang sedaya upayanya kepada suami dan Jenifer permata hatinya. Pita itu juga merakamkan sajak-sajak Jacquelyn Helton. Satu daripadanya didendangkan oleh John Denver dalam lagunya Sunshine On My Shoulders:

'Sunshine on my shoulders makes me happy
Sunshine in my eyes can make me cry
Sunshine on the water looks so lovely
Sunshine almost always makes me high

If i had a day that i could give you
I'd give to you a day just like today
If i had a song that i could sing for you
I'd sing a song to make you feel this way

Sunshine on my shoulders makes me happy
Sunshine in my eyes can make me cry
Sunshine on the water looks so lovely
Sunshine almost always makes me high

If i had a tale that i could tell you
I'd tell a tale sure to make you smile
If i had a wish that i could wish for you
I'd make a wish for sunshine all the while

Sunshine on my shoulders makes me happy
Sunshine in my eyes can make me cry
Sunshine on the water looks so lovely
Sunshine almost always makes me high
Sunshine almost all the time makes me high
Sunshine almost always'

Penderitaan dan rakaman suara batin Jacquelyn Helton yang sarat dengan cinta suci dan tekad untuk memberikan kasih sayang seupaya-upayanya kepada suami dan anak gadisnya telah dijelmakan sebagai drama televisyen berjudul Sunshine dan dipertontonkan kepada khalayak di Amerika Syarikat (1973), Jerman Barat (1974), Sweden (1975) dan Finland (1975). Selanjutnya pengarang Norma Klein (1938-1989) merakamkan tragis tersebut dalam novelnya, Sunshine (1974).

Sunshine (gambar), 'a timeless love story, ...a genuiney lyrical affirmation of life ... burst with the joy and fulfillment of loving' (WikiAnswers), merupakan novel bahasa Inggeris yang pertama dalam hidup saya dan telah mencurahkan banyak air mata remaja saya tatkala saya menatapinya pada tahun 1976. Saya masih mencarinya dan ingin menatapinya semula.

[Sumber gambar kulit luar novel Sunshine: amazon.com]