2021

2021
DARURAT COVID-19

CERITERA SEBUAH PAPAN TANDA IKLAN DI KELANTAN

Ahad, November 15, 2009

| | |

Gambar papan tanda iklan ini disiarkan dalam blog ruang bicara faisal.

Papan tanda iklan sumbangan Perbadanan Menteri Besar Kelantan ini dikatakan dipamerkan di persimpangan Jalan Kg. Sireh dan Jalan Hamzah di Kota Bharu, Kelantan.

Pemblog melaporkan bahawa papan tanda iklan ini dibina dan didirikan oleh syarikat Abroad Technology Centre Sendirian Berhad yang mendapat hak eksklusif membina dan mendirikan papan tanda iklan di seluruh negeri Kelantan.

Apakah keistimewaan papan tanda iklan ini?

Pertamanya, sebagaimana tertera pada gambar, penajanya ialah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK). Ketua eksekutif PMBK, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, ialah menantu Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Pengerusi PMBK ialah Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, sendiri. Baca di sini.

Keduanya, menghadap wajah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ialah gambar kanak-kanak membaca al-Quran. Dilaporkan bahawa kanak-kanak lelaki tersebut ialah cucu Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, iaitu anak Abdul Ariffahmi Ab. Rahman, . Baca di sini.

Ketiganya, dilaporkan bahawa pemilik Abroad Technology Centre Sendirian Berhad ialah anak Melayu bernama Nordin Awang. Nordin Awang juga dilaporkan menjawat jawatan pengarah Great Eastern Mills Sendirian Berhad. Great Eastern Mills Sendirian Berhad memperoleh konsesi pembalakan kayu-kayan negeri Kelantan. Nordin Awang juga dikatakan dikenali sebagai Nordin Mardi kerana sebelum menjadi usahawan yang berjaya, pekerjaan beliau ialah pemandu di MARDI. Baca di sini.

Keempatnya, dilaporkan bahawa usahawan anak Melayu Nordin Awang itu telah menaja 'pakej haji VIP' untuk Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan isteri, Abdul Ariffahmi Ab. Rahman dan isteri, dan Setiausaha Sulit Menteri Besar Kelantan. Pakej tersebut dilaporkan bernilai RM65,000 seorang dan berjumlah melebihi RM400,000. Baca di sini.

Kelimanya, papan tanda iklan ini tidak mengerti apa-apa pun berkenaan kehebohan buah mulut dan catatan berita dalam media cetak dan media digital yang berkaitan dengan pengakuan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Ariffahmi Ab. Rahman bahawa mereka menerima tajaan 'pakej haji VIP' untuk menunaikan fardhu haji pada tahun ini. Malah Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengesahkan bahawa banyak pihak yang menawarkan penajaan kepada beliau untuk mengerjakan ibadah haji. Ariffahmi Abdul Rahman juga dilaporkan sebagai berkata bahawa amalan menaja 'tuan guru' mengerjakan haji adalah perkara biasa dalam kalangan masyarakat Kelantan. Baca di sini.

Keenamnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat, yang digelar 'tuan guru' dan dilaporkan sebagai berkata 'hanya takut kepada Allah S.N.W.', akhirnya tunduk kepada tekanan orang ramai dan membatalkan hasrat beliau sekeluarga untuk menunaikan haji pada tahun ini. Baca di sini, di sini dan di sini.

Ketujuhnya, papan tanda iklan ini memberitahu khalayaknya bahawa kerajaan Kelantan pimpinan Datuk Nik Aziz Nik Mat sedang berusaha membentuk rakyat Kelantan yang menghayati al-Quran.

Adakah al-Quran mengajar umat Islam supaya menaja tuan-tuan guru, menteri-menteri besar, penjawat-penjawat awam dan ketua-ketua eksekutif syarikat milik kerajaan menunaikan ibadah haji?