2021

2021
DARURAT COVID-19

KISAH SEJADAH DAN IBRAHIM ALI NAK MASUK UMNO

Khamis, Oktober 22, 2009

| | |

Berita 'sejadah bangun mendirikan sembahyang' semakin banyak dilaporkan oleh media, terutamanya media tabloid yang mata pencariannya ialah menjual cerita karut-marut.

Terakhir ialah jualan akhbar Kosmo! 22 Oktober 2009 bertajuk: 'Lagi peristiwa sejadah berdiri'.


Gambar yang disiarkan oleh Kosmo! 22 Oktober 2009. Sumber: Kosmo! Online

Lantas seorang sahabat dari Pasir Mas, Kelantan menghubungi saya dan memberitahu bahawa penduduk Pasir Mas percaya 'sejadah-sejadah tersebut bersembahyang hajat supaya Datuk Ibrahim Ali dijauhkan daripada menyertai mana-mana cawangan UMNO dalam kawasan Pasir Mas, Rantau Panjang atau Tanah Merah.'

Malah sahabat saya itu telah terdengar cakap-cakap kedai kopi bahawa sejadah-sejadah di seluruh masjid dan madrasah di seluruh Kelantan akan bangun bersembahyang malam dan bermunajat supaya UMNO tidak menerima semula ahli parlimen bebas itu. Nampaknya semua wartawan dan jurugambar media tabloid kenalah tidur di seluruh masjid di Kelantan dan sama-sama bersembahyang malam.


Ini pula gambar sejadah dalam kedudukan umpama orang sembahyang berjemaah. 'Sejadah imam' berkopiah dan lengkap dengan kompas arah kiblat. Ada wakil media nak beli?

Catatan tambahan: Jangan terkejut jika pemimpin dan ahli-ahli PAS berbondong-bondong ke Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu berserta sejadah masing-masing untuk bersembahyang hajat supaya UMNO menerima semula Datuk Ibrahim Ali secepat mungkin.