2021

2021
DARURAT COVID-19

PERBARISAN BUMI-BULAN-MATAHARI MENERBITKAN MALAM

Rabu, Julai 22, 2009

| | |
Hari ini, 22 Julai 2009, manusia, bulan dan matahari terapung sebaris dalam cakerawala. Bayang-bayang bulan selebar hampir 300 kilometer jatuh ke permukaan bumi lantas menerbitkan malam pada waktu siang.

Penghuni bumi yang berada di tengah-tengah Lautan Pasifik menikmati 'malam terbit siang' tersebut selama enam minit tiga puluh sembilan saat. Penduduk India, Nepal, Bhutan, Myanmar, China dan Pulau Ryukyu di selatan Jepun turut menerima kehadiran malam pada waktu siang itu sebagai hadiah daripada perbarisan bumi, bulan dan matahari.

Perbarisan tiga jasad pada garis lurus semesta sepanjang 150 juta kilometer itu menyebabkan bulan - yang berada kira-kira 400 ribu kilometer dari bumi - kelihatan menutupi sepenuhnya matahari, walaupun matahari sebenarnya 400 kali lebih besar daripada bulan. Ini disebabkan matahari yang berada pada hujung garis perbarisan itu terpisah dari bumi kira-kira 400 kali lebih jauh daripada jarak bumi dari bulan.

Fenomena gerhana matahari 22 Julai 2009 ini disifatkan oleh saintis sebagai gerhana penuh yang terpanjang tempohnya dalam abad ke-21.

[Gambar: Cantuman imej matahari di langit China yang dirakamkan dari kampus Universiti Chongqing, Chongqing pada 22 Julai 2009 dari jam 8.09 pagi hingga 10.30 pagi. Imej tersusun mengikut putaran jam dengan imej pertama pada kedudukan pukul tujuh dan imej terakhir pada kedudukan pukul enam. Sumber: Window of China dalam China View edisi 22 Julai 2009.]