2021

2021
DARURAT COVID-19

ARCA KEBANGGAAN ANAK MELAYU

Selasa, Julai 07, 2009

| | |

Gambar ini dipetik daripada Sun2Surf edisi 7 Julai 2009. Kapsyen di bawah gambar: "An aerial views of Khir Toyol House worth 15 Mil addressed at Jalan Suasa 7/1L, Section 7, 40000 Shah Alam, Selangor."

Sun2Surf selanjutnya mengiringkan gambar ini dengan rencana bertajuk Khir Toyo: I paid RM3.5m for house. Rencana tersebut memetik Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo sebagai berkata bahawa beliau membeli kediaman itu dengan wang pinjaman sebanyak RM3.5 juta daripada Hongkong and Shanghai Bank. Bekas menteri besar Selangor itu dipetik sebagai berkata: "I bought this house five years after I became MB."

Bekas menteri besar itu juga dilaporkan oleh NST Online edisi 6 Julai 2009 sebagai berkata: "I bought the bungalow on two lots of land in Section 7 here at RM3.5 million with a loan from HSBC Bank three years ago with a repayment period of 30 years."

thestar online edisi 7 Julai 2009, dalam rencana bertajuk Khir Toyo in bungalow row menggambarkan kediaman Datuk Seri Dr. Mohamad Khir itu seperti berikut:

"From a small hill behind the bungalow, several other smaller buildings could be seen around the bungalow which was surrounded by a beautifully manicured lawn. The whole area is protected by a very high wall, part of which seems to made of broken marble. The front gate is massive, and of ornately carved steel while the side entrance of the gate is a carved wooden door."

Berikut ialah gambar yang disiarkan oleh thestar online berserta kapsyen: "A view of Dr Mohd Khir’s sprawling bungalow in Section 7."

"Khir's new 'Balinese-theme palace' talk of the town", tajuk berita dalam malaysiakini edisi 6 Julai 2009.


Tahniah Datuk Seri Dr. Mohamad Khir (Gambar sebelah). Inilah pencapaian yang dikehendaki oleh Dasar Ekonomi Baru. Anak Melayu diyakini oleh bank antarabangsa untuk diberikan pinjaman sebanyak RM3.5 juta bagi membeli harta dan boleh dibayar ansuran selama 30 tahun.

Alangkah bangganya sekiranya semua anak Melayu mencapai tahap kejayaan sebagaimana yang dinikmati oleh Datuk Seri Dr. Mohamad Khir.

Impian saya pun serupa, namun belum tercapai.


[Sumber gambar Dr. Mohamad Khir Toyo: Cetusan Dr Mohamad Khir Toyo ]