2021

2021
DARURAT COVID-19

PERDANA MENTERI DATUK SERI MOHD NAJIB: ERA BAHARU ATAU ERA LAMA BERWAJAH BAHARU?

Jumaat, April 03, 2009

| | |

Tahniah Malaysia kerana memperoleh Datuk Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak sebagai ketua Kerajaan yang baharu, Perdana Menteri Malaysia keenam, bermula hari ini 3 April 2009, 39 tahun selepas bapa beliau mengangkat sumpah  jawatan yang sama.

Datuk Abdul Razak Hussein mengambil alih kepimpinan daripada Tunku Abdul Rahman tatkala Malaysia dilanda musibah berdarah pertikaian etnik yang bersebabkan kemunduran sosioekonomi penduduk pribumi dan kemunduran politik rakyat pascamerdeka. Datuk Seri Najib mengambilalih kepimpinan daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi tatkala ketuanan Melayu sedang dicabar, anggota UMNO bertuankan ringgit, pemimpin-pemimpin Barisan Nasional hilang arah, dan moral politik tanah air pada paras politik rimba.

Perdana Menteri Datuk Abdul Razak memperkenalkan dan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru untuk menangani kemunduran sosioekonomi rakyat Malaysia, Barisan Nasional untuk memajukan politik kebangsaan dan Rukunegara untuk memantapkan tatahidup yang demokratik, adil dan makmur. Bagaimanakah Perdana Menteri Datuk Seri Najib akan menangani keruntuhan jati diri orang Melayu, kelencongan perjuangan orang UMNO, kekeliruan para pemimpin Barisan Nasional dan kecelaruan politik tanah air?

Sama-samalah kita tunggu dan lihat.