2021

2021
DARURAT COVID-19

DI USA PUN AHLI POLITIK LOMPAT PARTI

Rabu, April 29, 2009

| | |


Tiga belas senator Amerika Syarikat (USA) melompat parti sejak 1913. Demikian laporan dalam CNNPolitics.com pada 28 April 2009.

Terbaru, dan yang ke-13, ialah Senator Arlen Spector, 79, (gambar) dari Pennsylvania, senator parti Republican lima penggal semenjak 1980, melompat ke parti Democrat pada 28 April 2009.

BBC News  melaporkan Senator Spector sebagai berkata bahawa sejak beliau menyertai Republican pada 1980, parti itu telah 'berganjak jauh ke kanan'. Laporan itu selanjutnya memetik Senator Spector sebagai berkata: "I now find my political philosophy more in line with Democrats than Republicans."

Selain Senator Specter, ahli politik Republican yang dilaporkan meninggalkan parti itu akhir-akhir ini ialah Senator Jim Jeffords (Vermonts). Jeffords menjadi senator bebas sahabat Democrat pada 2001 hingga 2007. Senator Bob Smith (New Hampshire) juga meninggalkan Republican pada 1999, tetapi selepas lima bulan menjadi senator bebas beliau kembali ke parti itu. Pada 2006 Senator James Webb (Virginia) juga melompat ke Democrat. 

Senator Republican yang paling awal melompat ke Democrat ialah Senator Wayne Morse (Oregon) pada 1952.

Manakala ahli-ahli politik Democrat yang dilaporkan meninggalkan parti itu akhir-akhir ini ialah Senator Richard Shelby (Alabama), Senator Ben Nighthorse Campbell (Colorado) dan Senator Joe Lieberman (Connecticut). Shellby dan Campbell menyertai Republican pada 1994 dan 1995 masing-masing, Liebermann pula menjadi senator bebas sahabat Democrat bermula 2006.

Senator Strom Thurmond (South Carolina) merupakan senator Democrat terawal meninggalkan parti itu. Beliau melompat ke Republican pada tahun 1964.


Demikian juga presiden Amerika Syarikat ke-40 (1981-1989), Ronald Reagan (gambar). Beliau telah melompat dari Democrat ke Republican pada 1962. Namun pada ketika itu beliau bukanlah anggota senat USA tetapi warga Hollywood, California.