2021

2021
DARURAT COVID-19

NISSAN RUGI US$2.58 BILION, BUANG 20,000 PEKERJA

Isnin, Februari 09, 2009

| | |

Nissan Motor Co. Limited, pengilang kereta dan jentera perindustrian multinasional,  akan memberhentikan sebanyak 20,000 pekerja di kilang-kilangnya di seluruh dunia, lapor BBC News Online 9 Februari 2009.

[MPV keluaran Nissan untuk pasaran Malaysia. Sumber: Nissan Global]
BBC seterusnya melaporkan bahawa tindakan itu berpunca daripada kemerosotan ekonomi sejagat yang menyebabkan syarikat tersebut mengalami kerugian sebanyak 83.2 bilion yen (US$0.81 bilion) pada suku ketiga tahun kewangannya yang berakhir 31 Mac 2009. 

[Foklif buatan Nissan untuk industri di USA. Sumber: Nissan Foklift]

Selanjutnya berita itu memetik satu kenyataan syarikat tersebut yang mengunjurkan kerugian sebanyak 265 bilion yen (US$2.58 bilion) dalam tahun kewangan 2008. 

 
[Nissan Latio untuk pasaran Malaysia. Sumber: Nissan Global]

Dalam kenyataan Nissan kepada Tokyo Stock Exchange pada  Februari 2009, syarikat itu mengisytiharkan bahawa jualan kenderaan keluarannya dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun kewangan 2008 telah merosot sebanyak tiga peratus berbanding dengan tahun kewangan 2007. Manakala jualannya dalam tempoh Oktober-Disember 2008 pula merosot sebanyak 18.6 peratus berbanding dengan tempoh yang sama pada tahun sebelumnya.

Ketua pegawai eksekutif Nissan, Carlos Ghosn, telah dilaporkan oleh BBC sebagai berkata, " The global auto industry is in turmoil. Nissan is no exception."