2021

2021
DARURAT COVID-19

ANEH TAPI BENAR

Ahad, Februari 08, 2009

| | |

[Sumber foto: The Malaysian Insider]
PAS menderhaka kepada raja kerana mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat tunjangan DAP yang tumbang di Perak. Pernahkah DAP menderhaka kepada pengundinya kerana mempertahankan kerajaan Islam yang hendak ditegakkan oleh PAS?

[Sumber foto: The Malaysian Insider]
PAS menderhaka kepada raja kerana mempertahankan 'kedaulatan rakyat' yang hendak ditegakkan oleh Pakatan Rakyat pimpinan Anwar Ibrahim. Pernahkah Anwar Ibrahim menderhaka kepada rakyat bukan Islam kerana mempertahankan 'kedaulatan Islam' yang hendak ditegakkan oleh PAS?

[Sumber foto: Utusan Online]
Pemimpin PAS, Mohamad Nizar Jamaluddin, 'menyembah derhaka' kepada raja kerana mempertahankan pemimpin DAP, Ngeh Koo Ham. Tidakkah beliau ingat bahawa Ngeh Koo Ham yang sepatutnya menjadi Menteri Besar Perak sekiranya diperkenan oleh raja? Pernahkah Ngeh Koo Ham 'menyembah derhaka' kepada raja kerana gagal menjadi menteri besar?

[Sumber foto: The Malaysian Insider]
Ahli PAS sanggup bergadai nyawa untuk mempertahankan kerajaan Pakatan Rakyat tunjangan DAP yang tumbang di Perak. Bukankah pemimpin DAP, Karpal Singh, yang mahu pemimpin PAS melangkah mayatnya dahulu sebelum PAS melaksanakan undang-undang Islam di Malaysia?

(Untuk rekod, DAP memiliki kerusi terbanyak dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak ketika dibentuk pada 18 Mac 2008. Komposisi parti dalam kerajaan Pakatan Rakyat di Perak: DAP 18, PKR 7, PAS 6. Manakala pada 6 Februari 2009, anggota Pakatan Rakyat dalam Dewan Undangan Negeri Perak ialah DAP 17, PKR 5, PAS 6.)